Skim Bantuan Rebat Tunai RM2,400 untuk pembelian atau langganan motorsikal jenis elektrik disediakan oleh institusi automotif robotik dan IoT Malaysia (MaRii). Perlaksanaan skim khas ini telahpun bermula pada Disember tahun lalu bagi memberikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Skim Bantuan Rebat Tunai RM2,400

Dalam memulakan langkah menjadikan Malaysia sebahagian negara yang berteknologi tinggi, kerajaan telah memperkenalkan skim baharu dimana menggalakan pengguna kenderaan jenis berkuasa elektrik.

Program khas skim galakan penggunaan motorsikal elektrik (MaRii) menawarkan rebat tunai berjumlah RM2,400 untuk membantu menggalakan orang ramai beralih kepada kenderaan elektrik. MaRiiCas ini adalah sebahagian inisiatif kerajaan dibawah Belanjawan 2024 dalam bentuk rebat pembelian atau langganan motorsikal elektrik.

Pengisian Skim Rebat Tunai MaRiiCas

Untuk sedia maklum, skim istimewa rebat tunai ini ditawarkan menerusi dua kategori kaedah pemberian seperti di bawah ;

  • Pemberian bantuan subsidi secara rebat tunai bernilai RM200 sebulan dan disalurkan dalam tempoh 12 bulan untuk permohonan langganan motorsikal jenis elektrik
  • Pemberian bantuan subsidi secara rebat tunai sebanyak jumlah RM2,400 untuk pembelian motorsikal elektrik

Kriteria Kelayakan Dapatkan Skim Rebat Tunai

Antara syarat-syarat asas kelayakan yang membolehkan individu menerima bantuan khas ini adalah seperti berikut ;

  • Warganegara Malaysia
  • Berusia 18 tahun dan keatas
  • Memperolehi pendapatan tahunan tidak melebihi RM120,000
  • Mempunyai lesen memandu jenis motorsikal yang sah – kategori B, B1 atau B2.

Langkah Panduan Daftar Permohonan Skim Rebat MaRiiCas

Jangan lepaskan peluang bagi mendapatkan inisiatif yang disediakan oleh kerajaan secara percuma ini. Panduan lengkap telah disediakan melalui laman pautan rasmi – MaRiiCas

Sila rujuk segala maklumat berkenaan program ini di laman tersebut, untuk permohonan anda boleh kemukakan pada ruangan telah disediakan. Patuhi arahan dan sertakan dokumen penting yang diperlukan bagi memudahkan urusan semakan permohonan.

Maklumat Tambahan

Bagi mereka yang terlepas pandang, pada tahun ini kerajaan telah menawarkan banyak kemudahan dan bantuan kewangan khusus bagi menangani masalah kos sara hidup golongan B40 dan miskin. Untuk semakan senarai insentif yang ada pada waktu ini dan boleh dimohon, sila – RUJUK DISINI untuk butiran informasi tambahan.

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *