Bantuan STR sehingga RM650 akan mula dikreditkan kepada penerima sedia ada mulai 29 Ogos ini secara berperingkat seluruh Malaysia.

Manakala bagi rayuan dan penerima tiada akaun bank, tuntutan tunai boleh dilakukan mulai 18 September di cawangan Bank Simpanan Nasional.

Bantuan STR Dikreditkan Sehingga RM650

Mulai hari khamis ini, penyaluran bayaran akan mula diagihkan secara berperingkat kepada seluruh penerima STR dari kategori bujang, isi rumah dan warga emas.

Seperti bayaran Sumbangan Tunai Rahmah fasa sebelum ini, penerima dari bank BSN akan dapat bayaran terlebih dahulu sebelum bank-bank lain.

Pemberian bayaran bantuan STR fasa ketiga ini akan memberi manfaat kepada lebih dari 8 juta penduduk Malaysia yang berada dalam kelompok B40 dan M40.

Pihak kerajaan telah memaklumkan perkara ini pada hari jumaat lepas dalam kenyataan rasmi dari Kementerian Kewangan.

Jumlah Bayaran Bantuan STR Fasa 3 Dikreditkan Mengikut Kategori

Bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah kategori belia bujang, bayaran akan dikreditkan bernilai RM50 dan warga emas RM150.

Manakala untuk penerima STR kategori isi rumah B40 dikreditkan dari RM150 – RM650, dan isi rumah M40 dari RM150 – RM300.

Untuk penerima STR kategori isi rumah, kadar ditentukan mengikut pendapatan dan bilangan anak setiap keluarga.

Kemaskini Maklumat & Semakan Bayaran STR Fasa 3

Mulai hari khamis ini, seluruh rakyat Malaysia yang merupakan penerima STR boleh membuat semakan status bayaran secara online.

Untuk kemaskini maklumat terkini dan semakan status bayaran, sila lakukan di laman pautan web rasmi  STR LHDN – https://bantuantunai.hasil.gov.my/

 

Nota : Bayaran dikreditkan pada 29 Ogos ini hanya untuk penerima yang mempunyai akaun bank sahaja.

Kepada mereka yang tiada kad bank, sila hadir di mana-mana cawangan BSN mulai 18 September depan.

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *