Bantuan IKPP RM250 sekaligus atau dibayar secara one-off ini adalah merupakan insentif tambahan yang ditawarkan kepada bakal pasangan pengantin tahun ini.

Inisiatif khas ini telah diperkenalkan oleh kerajaan negeri bagi memberi manfaat kepada mereka terutama golongan belia yang ingin mendirikan rumah tangga sepanjang tahun ini.

Program Bantuan IKPP RM250 Sekaligus

Pada tahun ini pelbagai usaha daripada pihak kerajaan bagi membantu rakyat yang kurang berkemampuan dan segi kewangan dengan memperkenalkan inisiatif-inisiatif yang boleh memberi manfaat. Salah satu insentif sekali bayaran yang boleh dimohon adalah Insentif Khas Pasangan Pengantin (IKPP) pada tahun ini.

Kadar yang ditawarkan adalah berjumlah RM250 yang diberikan secara sekaligus (one-off) kepada pemohon yang lulus. Dengan adanya insentif sumbangan ini kerajaan negeri yakin dapat membantu dan memberi manfaat kepada mereka yang ingin mendirikan rumah tangga.

Kelayakan Pemohon Bantuan IKPP RM250

  1. Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  2. Lahir dan menetap di negeri Pahang
  3. Salah satu daripada pasangan pengantin wajib anak kelahiran negeri Pahang
  4. Bagi kategori pemastatutin di negeri Pahang, kelayakan adalah sekurang-kurangnya menetap melebihi 10 tahun
  5. Pendapatan isi rumah bulanan pengantin lelaki tidak melebihi RM5,000
  6. Perkahwin wajib didaftarkan di negeri Pahang dengan kebenaran pejabat agama islam daerah
  7. Duda atau janda atau salah seorang yang mana pasangannya adalah anak negeri Pahang
  8. Perkahwin kali pertama dengan pasangan lain juga layak dapatkan insentif ini.

Cara Mohon IKPP RM250 Sekaligus

Untuk makluman, program khas insentif kahwin ini disediakan dan diberi keutamaan kepada warga negeri Pahang sahaja. Mereka yang berkelayakan, sila dapatkan bantuan ini dengan kemukakan permohonan secara dalam talian.

Cara mohon dan butiran lengkap berkenaan insentif ini telah disediakan, sila rujuk pada pautan rasmi – IKPP 2024

Informasi Tambahan

Pelbagai program, skim bantuan dan kemudahan telah disediakan oleh badan kerajaan pada tahun ini bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat tempatan yang terjejas. Untuk semakan senarai bantuan yang ada dan boleh dimohon pada tahun 2024, sila – RUJUK DISINI sebagai info lengkap maklumat.

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *