Bantuan Kewangan RM1000 Sebulan ditawarkan melalui program BKK yang disediakan khas oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada tahun ini.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui agensi dibawah kerajaan iaitu JKM telah memperkenalkan program bantuan kanak-kanak (BKK).

Perlaksanaan program khas ini adalah bagi membantu meringankan beban kewangan rakyat terutama yang berada dalam golongan sasar pada tahun ini.

Bantuan Kewangan RM1000 Sebulan – BKK

Bantuan khas ini ditawarkan khusus kepada mereka yang berkelayakan pada kadar RM150 seorang sehingga maksimum RM1000 bagi setiap keluarga.

Inisiatif berbentuk bantuan kewangan bulanan ini dilancarkan dengan tujuan membantu keluarga/ penjaga kepada anak-anak supaya dapat bersama keluarga meneruskan kelangsungan hidup.

Dengan adanya bantuan ini dapat sedikit sebanyak membantu masalah kewangan tanpa menjejaskan tumbersaran dan perkembangan anak mengikut peringkat usianya.

Kadar Bantuan BKK Sebulan Mengikut Kategori

Minimum bayaran bantuan kanak-kanak adalah RM150 seorang, maksimum adalah RM1000 sebulan bagi satu keluarga.

Pecahan kadar bayaran telah ditetapkan seperti berikut :

  • RM200 ; Umur 6 tahun dan ke bawah
  • RM150 ; Umur 7 tahun hingga 18 tahun
  • RM1000 ; Kadar maksimum sebulan sekeluarga

Syarat Utama Kelayakan Bantuan

  • Bermastautin dan merupakan Warganegara Malaysia
  • Kanak-kanak berumur 18 tahun dan kebawah
  • Remaja berumur 18 tahun dan keatas layak dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas
  • Keluarga atau penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan (PGK)
  • Perlaksanaan program bantuan-bantuan kebajikan adalah selaras dengan senarai bersama (concurrent list) antara kerajaan persekutuan dan negeri.

Langkah Mudah Mohon Bantuan Kewangan RM1000

Orang awam yang berkelayakan dan berkeperluan, permohonan bantuan khas ini boleh dibuat selagi masih dibuka sepanjang tahun ini.

Untuk semakan penuh dan muat turun borang permohonan, sila layari pautan rasmi – eBANTUAN BKK

Pengendali permohonan bantuan kewangan boleh dibuat di peringkat pejabat kebajikan masyarakat daerah/ jajahan / bahagian seluruh Malaysia.

Bagi memudahkan urusan pentadbiran untuk membuat semakan borang permohonan, individu perlu sediakan dokumen penting yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan dan dokumen berkaitan.

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan, sila rujuk pada laman utama JKM atau hubungi talian khas.

 

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *