iMula 50 : Bantuan Subsidi bernilai RM50 untuk pelan perlindungan hayat telah diperkenalkan melalui program starter pack insurance fund (SPIF).

Inisiatif khas ini telah dimulakan oleh persatuan insurans hayat Malaysia (LIAM) dengan kerjasama dengan syarikat-syarikat insurans ahli LIAM yang mengambil bahagian.

iMula 50 : Bantuan Subsidi Pelan Perlindungan Hayat

Untuk makluman umum, dana sebanyak RM5 juta telah ditubuhkan bagi menyokong pembelian kali pertama dan membeli perlindungan insurans hayat.

Inisiatif iMula 50 ini sangat memberi manfaat kepada rakyat kerana ditawarkan pada premium mampu milik dengan subsidi RM50 setiap polisi.

Perlaksanaan program ini bertujuan membantu rakyat Malaysia yang layak untuk mempunyai pelan perlindungan insurans hayat.

Dengan adanya program seperti ini dapat memberi peluang dan manfaat, kerana pada waktu ini perlindungan insurans sangat penting kepada setiap individu.

Syarat Kelayakan

Bagi mendapatkan subsidi RM50 melalui iMula, syarat kelayakan yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Pembeli insurans kali pertama dibuat
  • Golongan belia dan keluarga muda

Antara pelan insurans yang ditawarkan melalui iMula 50 adalah seperti :

  • Manfaat jika berlaku kematian
  • Penyakit kritikal
  • Hilang upaya secara meyeluruh atau kekal
  • Perbelanjaan kos perubatan
  • Pedapatan hospital

Premium tahunan untuk program bersubsidi ini wajib dalam lingkungan RM75 sehingga RM600 dan premium minima RM25 diperlukan untuk menerima subsidi bernilai RM50.

Program istimewa iMula in telah mula dilancarkan pada 28 Ogos 2024 dan akan ditutup sehingga dan RM5 juta telah ditebus sepenuhnya.

Kepada yang berkelayakan, jangan lepaskan peluang mendapatkan manfaat daripada program yang ditawarkan ini.

Panduan Mohon iMula 50 & Butiran Lengkap

Kepada yang berminat dapatkan manfaat dari program iMula ini, sila layari pautan rasmi Persatuan Insurans Hayat Malaysia – https://www.liam.org.my/

Segala butiran terperinci dan maklumat lanjut yang anda perlukan ada di halaman tersebut.

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *