KPM Umum Cuti Sekolah tambahan kepada para pelajar bersempena sambutan perayaan Deepavali pada bulan Oktober ini. Menurut kalendar 2025, Deepavali jatuh pada hari isnin bersamaan 20 Oktober 2025.
KPM UMUM CUTI SEKOLAH TAMBAHAN
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan berita baik khusus untuk para pelajar sekolah dan ibu bapa. Sempena sabutan Deepavali 2025, sekolah akan terima cuti tambahan selama 2 hari.
Menurut kepercayaan agama hindu, cahaya merupakan satu unsur atau elemen penting di dalam kehidupan seseorang dan perayaan Deepavali ini amat bermakna. Maksud perkataan Deepam adalah lampu atau cahaya dan vali bermakna arah atau jalan.
Hal ini adalah bagi memberi peluang warga sekolah yang terlibat dan tidak terlibat dalam menyambut perayaan pesta cahaya atau deepavali. Dengan adanya cuti tambahan ini dapat memberi manfaat kepada keluarga bagi merancang aktiviti bersama-sama anak.
Sebagai rujukan, berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting berkenaan cuti sekolah tambahan mengikut kumpulan (negeri-negeri) seluruh Malaysia.
- Kumpulan A – Negeri Kedah, Terengganu dan Kelantan – Sekolah akan bercuti pada 19 Oktober (Ahad) dan 21 Oktober (Selasa).
- Kumpulan B – Negeri Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Perak, Perlis, Sabah, Pulau Pinag dan Labuan – Sekolah akan bercuti pada 21 Oktober dan 22 Oktober (Selasa dan Rabu).
- Negeri Sarawak sahaja – Sekolah akan bercuti selama sehari sahaja iaitu pada 20 Oktober (Isnin).
Dengan adanya pengumuman cuti sekolah tambahan ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada penduduk Malaysia terutama keluarga yang mempunyai anak masih bersekolah untuk membuat aktiviti riadah atau percutian.
Untuk lebih info berkenaan tarikh-tarikh penting cuti sekolah KPM, sila layari laman pautan rasmiĀ KALENDAR AKADEMIK KPM tahun 2025.