Bantuan SARA Mykasih RM200 telahpun mula dikreditkan Oktober ini bagi penerima dari kategori bujang, isi rumah dan warga emas. Untuk makluman, lebih 5 juta penduduk Malaysia layak menerima insentif khas ini setiap bulan.

BAYARAN BANTUAN SARA MYKASIH RM200 OKTOBER

Kerajaan telah menyalurkan bayaran Sumbangan Asas Rahmah atau SARA MYKASIH bagi sesi bulan Oktober ini. Pengkreditan secara terus ke dalam mykad telah mula dilakukan secara berperingkat.

Kadar bayaran keseluruhan Sumbangan Asas Rahmah adalah sehingga RM2200 setahun termasuh bayaran RM100 one-off Ogos 2025. Penerima yang layak boleh gunakan manfaat SARA ini dengan membeli barangan keperluan di pasaraya dan kedai runcit berdaftar seluruh negara.

Untuk makluman umum, atas keprihatinan kerajaan program Sumbangan Asas Rahmah ini akan diteruskan pada tahun hadapan. Hal ini adalah bagi memberi bantuan sokongan kepada rakyat untuk meringankan beban kos sara hidup.

Nilai bayaran bantuan SARA oktober ini telah ditetapkan mengikut kategori seperti di bawah :

  • RM200 : Isi rumah Miskin
  • RM100 : Isi rumah bukan miskin / B40
  • RM150 : Warga emas Miskin
  • RM50 : Warga emas bukan miskin / B40
  • RM50 : Belia bujang.

Kadar bantuan diatas telah mula disalurkan ke dalam mykad setiap penerima bermula 1 Oktober 2025 (hari ini). Semakan status SARA boleh dilakukan secara online melalui laman portal rasmiĀ https://sara.gov.my/

Segala maklumat terkini berkenaan Sumbangan Asas Rahmah akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebagai rujukan umum masyarakat tempatan.