Pada tahun 2010, JNJK telah memperkenalkan satu standard kualiti pendidikan yang jelas yang dikenali sebagai Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) sebagai panduan untuk sekolah-sekolah di Malaysia dalam memastikan keterjaminan kualiti pendidikan negara.

Standard Kualiti Pendidikan Sekolah Malaysia bagi sesi 2023/2024 ini akan mula dilaksanakan pada 15 Ogos 2024 hingga 15 Julai 2024, melalui sistem bersepadu KPM (MOEIS).

Bagi anda yang ingin tahu lebih lagi tentang Standard Kualiti Pendidikan Malaysia ini, teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujung.

Apa itu SKPM?

Akta Pendidikan 1996 subseksyen 117(a) memperuntukkan tanggungjawab kepada
Ketua Nazir Sekolah (KNS) untuk memastikan taraf (standard) pengajaran yang
memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi pendidikan.

Menyedari pentingnya tanggungjawab ini dilaksanakan dengan lebih berkesan, pada
tahun 2001 Jemaah Nazir Sekolah (JNJK) telah memperkenalkan mekanisme yang lebih sistematik untuk menetapkan satu standard bagi meningkatkan kualiti pendidikan di institusi pendidikan secara berterusan kepada tahap tinggi.

JNJK telah menghasilkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia-Sekolah (SKPM-Sekolah) yang lebih ringkas dan mudah pada tahun 2003, dan ia terus ditambah baik dan dimantapkan semula bagi memenuhi keperluan semasa dan hasilnya adalah SKPM 2010

Lima Standard Kualiti Pendidikan Malaysia

Berikut merupakan lima standard kualiti pendidikan Malaysia (SKPM) yang perlu dipenuhi oleh setiap sekolah di Malaysia yang berada di bawah pengelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM):

STANDARD 1

  • Kepimpinan sekolah berperanan sebagai pemimpin berimpak tinggi dan berupaya menggembleng dan menggerakkan warga sekolah secara bersepadu untuk memajukan sekolah dan meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran (P&P)

STANDARD 2

  • Organisasi sekolah diuruskan dengan mengambil kira potensi dan keperluan staf, kemudahan sumber dalaman dan memanfaatkan sumber luaran supaya sekolah dapat berfungsi dengan cekap dan berkesan.

STANDARD 3

  • Bidang kurikulum, kokurikulum dan sukan, dan hal ehwal murid diurus dengan cekap dan berkesan bagi memastikan sekolah berfungsi sebagai institusi pembelajaran dalam melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

STANDARD 4

  • Guru merancang dan malaksanakan proses P&P yang berkualiti tinggi dan bersungguh-sungguh untuk memperkembangkan potensi dan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan.

STANDARD 5

  • Kemenjadian Murid. Pendidikan di sekolah melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.

Dapatkan buku latihan SPM di sini sebagai persediaan anda untuk menghadapi peperiksaan yang akan datang.

Tarikh Pelaksanaan SKPM 2023/2024

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia ini akan dilaksanakan daripada 15 Ogos 2023 sehingga 15 Julai 2024.

Semua sekolah yang berada di bawah pengelolaan KPM boleh melaksanakan PKS SKPM melalui pautan yang terdapat pada bahagian dashboard MOEIS sekolah anda.

Berikut merupakan tarikh-tarikh penting yang perlu diikuti setiap sekolah yang bakal menjalani PKS Standard Kualiti Pendidikan Malaysia:

Tarikh-SKPM

The post SKPM 2023/2024: Penerangan & Tarikh Pelaksanaan appeared first on SEMAKAN ONLINE.

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *