ePengeluaran KWSP Serendah RM3,000 Telah Diluluskan Hari Ini

ePengeluaran KWSP Serendah RM3,000 –Program FSA2 memudahkan lebih 4 juta pekerja KWSP untuk mengeluarkan sebahagian simpanan mereka. Program ini membantu pekerja yang terkesan oleh Covid-19.

Anda boleh mengeluarkan wang dari akaun KWSP anda di bawah FSA2. Jumlah pengeluaran yang dibenarkan adalah antara RM3,000 hingga RM50,000.

ePengeluaran KWSP Serendah RM3,000

Tujuan FSA2 ialah untuk memudahkan ahli mengemukakan permohonan awal bagi Pengeluaran Bersyarat Umur 50 tahun atau 55 tahun. Ini dapat membantu ahli mendapat pinjaman peribadi dari institusi kewangan.

Ahli boleh menggunakan simpanan dalam akaun 2 untuk mendapatkan pinjaman peribadi dari bank. Bayaran balik pinjaman akan dibuat oleh KWSP kepada bank apabila ahli mencapai umur 50 atau 55 tahun, bergantung kepada pilihan ahli. Ini adalah permohonan khas untuk ahli KWSP.

Ahli juga bertanggungjawab untuk menjelaskan bayaran bulanan yang telah ditetapkan oleh institusi perbankan, selain daripada mengikut syarat-syarat yang lain.

ePengeluaran KWSP

Amaun Kelayakan Pengeluaran Simpanan

Untuk makluman, anda boleh mengeluarkan sebahagian daripada simpanan Akaun 2 anda mengikut jumlah yang ditetapkan. Jumlah pengeluaran yang dibenarkan adalah seperti berikut:

Syarat Pengeluaran Simpanan

Berikut dikongsikan syarat untuk membuat pengeluaran:

  • Untuk menyertai skim ini, anda perlu memenuhi syarat umur yang ditetapkan oleh bank pilihan anda. Syarat umur ini adalah tidak melebihi 55 tahun pada tarikh permohonan.
  • Merupakan seoarang Warganegara Malaysia
  • Permohonan adalah sekali sahaja
  • Permohonan yang telah lulus tidak boleh dibatalkan
  • Amaun simpanan minimum RM3,000 dalam akaun 2
  • Untuk pengeluaran bersyarat, anda boleh mengeluarkan sehingga RM50,000 daripada akaun 2 anda, bergantung kepada jumlah pembiayaan peribadi yang anda dapat daripada bank. Amaun ini adalah had maksimum yang dibenarkan.

ePengeluaran KWSP

Cara Membuat Permohonan ePengeluaran Wang KWSP Serendah RM3,000

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian. Terdapat 3 langkah utama yang perlu dilakukan oleh ahli:

  • Langkah 1: Untuk mengetahui sama ada anda layak untuk mengeluarkan simpanan Akaun 2, anda boleh membuat semakan awal melalui laman web bank yang anda pilih.
  • Langkah 2: Membuat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan.
  • Langkah 3: Mengemukakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun dengan KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan.

4 Juta Pencarum Akan Mendapat Manfaat Melalui Pengeluaran Simpanan

Kemudahan ini bakal memanfaatkan lebih daripada 4 juta ahli di bawah umur 55 tahun yang layak.

Institusi perbankan akan mengenakan kadar faedah (untuk pinjaman konvensional) atau kadar keuntungan (untuk pinjaman islamik) yang berada dalam julat 4% hingga 5% setahun.

Kadar ini jauh lebih rendah daripada kadar pasaran semasa pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan yang lain.

Pencarum Boleh Membuat Pengeluaran Sehingga RM50,000

Anda boleh memohon pembiayaan dari RM3,000 hingga RM50,000 bergantung kepada jumlah simpanan yang ada di Akaun 2 KWSP anda. Pembiayaan ini tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh bank yang anda pilih.

Memandangkan jumlah caruman dalam Akaun 2 hanyalah sokongan, pembiayaan ini tidak bercanggah dengan peruntukan Akta KWSP.

Menurut data terkini, hanya 38% daripada 1.89 juta ahli KWSP yang berusia 40 hingga 55 tahun mempunyai baki akaun 1 melebihi RM10,000. Ini bermakna majoriti ahli dalam kumpulan umur ini mempunyai simpanan yang tidak mencukupi di dalam akaun 1.

Oleh sebab itu, penting untuk membina semula tabungan bagi kumpulan ini agar mempunyai simpanan mencukupi untuk hari tua nanti.

Maklumat Lanjut ePengeluaran Wang KWSP Serendah RM3000

Sebarang maklumat lanjut berkaitan FSA2 boleh diperolehi melalui saluran berikut: