SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM300 PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS 2024

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM300 PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS 2024

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan mykad rm300 pembelian keperluan asas 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN MYKAD RM300

Berikut merupakan kriteria kelayakan untuk permohonan bantuan Mykad RM300 setiap bulan untuk membeli keperluan asas, seperti di bawah

  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
  • Pemilih berdaftar di Negeri Selangor;
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah; dan
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan.

SENARAI BANTUAN MYKAD RM300 PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS 2024

Antara barang keperluan asas yang diluluskan untuk pembelian adalah seperti berikut :

  1. Beras, mi dan bihun.
  2. Roti dan biskut.
  3. Telur.
  4. Gula dan garam
  5. Rempah ratus, sos, kicap, dan sebagainya.
  6. Tepung.
  7. Minyak masak.
  8. Sayur-sayuran dan buah-buahan.
  9. Daging lembu, ayam, kambing dan ikan.
  10. Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
  11. Lampin pakai buang.
  12. Produk tenusu (susu tepung, susu pekat dan susu segar).
  13. Peralatan persekolahan.
  14. Perihal pendidikan (yuran atau sebagainya).

CARA MEMBELI DENGAN BANTUAN MYKAD RM300

Berikut merupakan cara-cara pembelian dengan menggunakan bantuan yang disalurkan sebanyak RM300 sebulan seperti di bawah :

  1. Pilih barangan yang ingin dibeli.
  2. Juruwang akan mengimbas ID penerima di aplikasi SELANGKAH untuk pengesahan.
  3. Juruwang akan mencatatkan barangan yang dipilih penerima dan melakukan saringan mengikut jenis barangan yang tersenarai di bawah program BINGKAS. (Rujuk Senarai barangan di bawah)
  4. Gunakan aplikasi Wavpay e-Wallet untuk membuat pembayaran.
  5. Tekan ‘PAY’ dan pilih akaun BINGKAS.
  6. Masukkan nombor pin 6 digit untuk pengesahan dan pengaktifan kod QR.
  7. Juruwang akan mengimbas kod QR yang tertera untuk menerima bayaran.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM300 PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS 2024

Ikuti cara semakan bantuan Mykad RM300 setiap bulan di portal rasmi seperti di bawah berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi BINGKAS.
  2. Kemudian, klik pada [Log Masuk].
  3. Masukkan Nombor Telefon; tanpa (-) Contoh : 0123456789.
  4. Masukkan kata laluan anda dengan betul.
  5. Seterusnya, klik pada butang [LOG MASUK].
  6. Pergi ke bahagian semakan.
  7. Status anda akan dipaparkan.
  8. Selesai.