Senarai Bantuan

Semak Kelayakan & Cara Mohon Bantuan AM RM350 Sebulan

Semak Kelayakan & Cara Mohon Bantuan AM 2024 RM350 Sebulan ia adalah satu inisiatif yang disediakan untuk membantu meringankan beban orang yang memerlukan. Untuk makluman, pelbagai insentif telah diperkenalkan pada tahun ini untuk memberi manfaat kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Bantuan AM 2024

Kerajaan telah melancarkan pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif bantuan pada tahun ini yang boleh diperolehi asalkan syarat kelayakan dipenuhi. Jabatan kebajikan masyarakat masyarot sebagai agensi di bawah kerajaan telah menawarkan insentif melalui skim bantuan kebajikan.

Salah satu bantuan yang boleh dipohon sepanjang tahun ialah bantuan am negeri dan persekutuan. Inisiatif khas ini diberikan setiap bulan kepada pemohon yang layak bagi meringankan beban kewangan.

Jkm di bawah kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat merupakan pengendali penuh program khas ini. Dengan adanya insentif bantuan ini, ia dapat membantu golongan yang terjejas terus hidup dalam komuniti dengan lebih selesa.

Kadar Bayaran

Untuk pengetahuan umum, kadar bayaran bantuan am bulanan persekutuan adalah serendah rm100 seorang sehingga maksimum rm350 bagi setiap keluarga. Manakala bagi bantuan am negeri, kadar pemberian bergantung kepada setiap negeri.

Kelayakan

Terdapat beberapa kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan oleh pihak JKM bagi mendapatkan manfaat bantuan am ini seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Bermastautin di negeri-negeri yang berkaitan (Mengikut permohonan dikemukakan)
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi (PGK) pendapatan garis kemiskinan, purata miskin perkapita semasa atau purata miskin isi rumah semasa
  • Kategori golongan yang terjejas dan keluarga miskin yang tidak diliputi mana-mana skim bantuan yang lain.

Cara Mohon

ketika mengemukakan permohonan:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan penyata gaji (jika ada);
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak:

Kepada yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan pada bila-bila masa sepanjang tahun ini. Panduan telah disediakan, sila layari portal rasmi eBantuan JKM (BA) – DI SINI

Mohon juga (Tekan Link Dibawah):