Cara Mohon & Syarat Kelayakan : Bantuan Lesen Percuma 2024. Kementerian pengangkutan malaysia (mot) bersama jabatan pengangkutan jalan (jpj) malaysia akan melaksanakan bantuan lesen memandu melalui program mylicense b2 bagi tahun 2024.
Bantuan MyLesen
Program mylesen ini merupakan inisiatif kerajaan untuk memperkasakan 35,000 penerima (atau tanggungan) kumpulan b40 untuk mendapatkan lesen memandu malaysia kelas b2.
Program ini ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Sehubungan itu, sekiranya anda berminat untuk memohon bantuan lesen memandu bagi tahun 2024, anda boleh memohon lesen percuma bagi tahun 2024 dengan mengisi borang penyertaan yang telah disediakan.
Tarikh tutup penyertaan program mylesen b2 2024 adalah sehingga kuota penyertaan telah dipenuhi.
Syarat Kelayakan
Program MyLesen B2 bagi tahun 2024 ini akan membuka kuota sebanyak 35,000 peserta dan syarat-syarat peserta adalah;
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 16 tahun dan ke atas.
- Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan.
- Sihat fizikal dan mental.
- Belum memiliki sebarang lesen memandu.
- Bebas daripada senarai hitam mahkamah, JPJ dan PDRM.
Cara Mohon
Peserta yang memenuhi syarat-syarat kelayakan di atas dan ingin membuat pendaftaran Bantuan Lesen Memandu, boleh scan QR code yang dinyatakan pada poster di atas atau klik melalui pautan yang disediakan dibawah:
Untuk maklumat lanjut – ProgramMylesen
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan ke alamat e-mel mylesenb2@jpj.gov.my atau merujuk kepada Soalan Lazim FAQ – MyLesen B2 berkaitan program ini.
Mohon juga (Tekan Link Dibawah):