Semakan Permohonan Kemasukan Ke MRSM Sesi 2024 / 2025

Bagi para pelajar yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran mereka ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi Tingkatan 1 dan 4 untuk tahun 2024, permohonan untuk kemasukan ke MRSM telah dibuka.

MARA mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa. 

Untuk makluman, MRSM mula ditubuhkan pada tahun 1972 dengan matlamat untuk memberi kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka.

Sehingga kini, terdapat 54 MRSM di seluruh negara dan keutamaan pengambilan pelajar akan diberikan kepada pemohon daripada keluarga kategori pendapatan bawah 40 peratus (B40) yang tinggal di luar bandar dan bandar.

Tarikh Semakan Keputusan Permohonan MRSM 2024

Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang merupakan Pengerusi MARA, menyatakan bahawa semakan permohonan ke MRSM akan boleh dilakukan pada  18 Januari 2024, bermula pukul 8 malam.

Beliau menyatakan bahawa keputusan bagi pemohon yang layak adalah muktamad dan tidak boleh ditukar, manakala bagi pemohon yang tidak berjaya boleh melakukan rayuan dengan syarat mereka lengkap dengan syarat minimum UKKM dan tiada dalam senarai hitam MARA.

MRSM

PENTING! : Bagi yang masih belum mendapat panggilan, anda boleh membuat semakan pada tarikh seterusnya iaitu:

  • 15 Februari 2024
  • 29 Februari 2024

Hal ini demikian kerana, jawapan penempatan anda telah lulus ujian UKKM namun penempatan anda adalah bergantung kepada kekosongan tempat dan nama anda dimasukkan dalam senarai menunggu.

Cara Semakan Keputusan Permohonan MRSM

Ibu bapa, penjaga atau pemohon boleh melakukan semakan keputusan permohonan MRSM melalui Portal MARA.

Selain itu pemohon juga boleh melakukan semakan MRSM menerusi pautan berikut yang akan dibuka bermula 8 Malam ini (18 Januar 2024 hingga 25 Januari 2024) :

*Nota: Pemohon yang berjaya perlu melakukan pengesahan dengan menekan butang “TERIMA” dalam tempoh 7 hari dari tarikh keputusan diperoleh

Pemohon yang tidak melakukan pengesahan dalam tempoh tersebut (7 hari) akan di anggap sebagai menolak tawaran tersebut.

*Nota: Keputusan permohonan adalah Muktamad dan tidak boleh diubah bagi pemohon yang layak.

Bagi pemohon yang tidak mendapat tempat anda boleh melakukan rayuan jika anda melepasi syarat minimum UKMM dan tiada dalam senarai hitam MARA.

Tarikh Daftar Diri Ke MRSM

Bagi pelajar yang menerima dan mengesahkan tawaran ke MRSM tersebut, anda perlu mendaftar di sekolah yang ditawarkan setelah membuat semakan pada jam 8:30 Pagi pada 11 Mac 2024.

Namun begitu, sebelum anda mendaftar diri di MRSM yang ditawarkan, anda perlu memastikan anda melakukan 4 perkara dibawah, agar sesi pendaftaran anda berjalan dengan lancar:

  1. Membuat pengesahan penerimaaan tawaran dalam tempoh 7 hari selepas menerima tawaran tersebut.
  2. Muat turun dan cetak:
    • Surat Tawaran
    • Panduan Pendaftaran MRSM
    • Senarai Semak dan Lampiran A
    • Borang Deklarasi Covid-19
    • Borang Maklumat Pelajar
    • Borang Pengesahan Pendapatan Ibu Bapa.
  3. Melengkapkan dokumen mengikut Senarai Semak dan Lampiran A untuk dibawa semasa Hari Pendaftaran.
  4. Selepas itu anda perlu membuat bayaran yuran pendaftaran.

Program Sistem Pendidikan MRSM

Program sistem pendidikan MRSM merangkumi enam program yang berteraskan Science, Technology, Religion, Engineering, Arts and Mathematics (STREAM) iaitu:

  1. Program Premier
    – Program ini menawarkan kurikulum kebangsaan dan kurikulum MARA.
    – Pelajar akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah, Kurikulum Pembangunan Sahsiah dan Kemahiran Insaniah.
    – Sebanyak 31 buah MRSM menawarkan program ini iaitu:
    i) MRSM Arau, Perlis
    ii) MRSM Beseri, Perlis
    iii) MRSM Baling, Kedah
    iv) MRSM Felda, Sungkai Perak
    v) MRSM Gerik, Perak
    vi) MRSM Jeli, Kelantan
    vii) MRSM Kuala Berang, Terengganu
    viii) MRSM Kuala Krai, Kelantan
    ix) MRSM Kuala Terengganu, Terengganu
    x) MRSM Lenggong, Perak
    xi) MRSM Merbok, Kedah
    xii) MRSM Mersing, Johor
    xiii) MRSM Muadzam Shah, Pahang
    xiv) MRSM Muar, Johor
    xv) MRSM Pasir Salak, Perak
    xvi) MRSM Pasir Tumboh, Kelantan
    xvii) MRSM Pendang, Kedah
    xviii) MRSM Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar Perak
    xix) MRSM Transkrian, Nibong Tebal Pulau Pinang
    xx) MRSM Tun Ghazali Shafie, Kuala Lipis Pahang
    xxi) MRSM Tun Mustapha, Tawau Sabah
    xxii) MRSM Kota Kinabalu, Sabah
    xxiii) MRSM Mukah, Sarawak
    xxiv) MRSM Betong, Sarawak
    xxv) MRSM Kuching, Sarawak
    xxvi) MRSM Terendak, Melaka
    xxvii) MRSM Besut, Terengganu
    xxviii) MRSM PDRM, Kulim Kedah
    xxix) MRSM Pengkalan Hulu, Perak
    xxx) MRSM Serting, Negeri Sembilan
    xxxi) MRSM Batu Pahat, Johor
  2. Program Ulul Albab
    – Program ini adalah program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan berasaskan Science, Technology, Engineering, and Mathematics (STEM) dan program aliran agama termasuk Tahfiz Al-Quran.
    – Matlamat program ini adalah untuk melahirkan generasi Teknokrat Hafiz Profesional yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi mempunyai kemahiran dalam bidang keagamaan.
    – Program ini ditawarkan di 5 buah MRSM di seluruh negara iaitu:
    i) MRSM Kota Putra, Terengganu
    ii) MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan
    iii) MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang
    iv) MRSM Sungai Besar, Selangor
    v) MRSM Semporna, Sabah
  3. Program IGCSE
    – Program ini adalah berasaskan kurikulum antarabangsa iaitu Cambridge International General Certificate of Secondary Education yang berteraskan STEM.
    – Pelajar juga berpeluang mengikuti pembelajaran kurikulum berasaskan kebangsaan.
    – Pelajar akan menduduki Cambridge IGCSE pada akhir tahun Tingkatan 4 dan SPM pada Tingkatan 5.
    – Program ini ditawarkan di 12 buah MRSM di seluruh Malaysia iaitu:
    i) MRSM Kuantan, Pahang
    ii) MRSM Kuala Klawang, Negeri Sembilan
    iii) MRSM Langkawi, Kedah
    iv) MRSM Kuala Kubu Bharu, Selangor
    v) MRSM Alor Gajah, Melaka
    vi) MRSM Kubang Pasu, Kedah
    vii) MRSM Tun Mustapha, Tawau Sabah
    viii) MRSM Tun Abdul Razak, Pahang
    ix) MRSM Tumpat, Kelantan
    x) MRSM Parit, Perak
    xi) MRSM Pengkalan Hulu
    xii) MRSM Johor Bahru Johor
  4. Program IBMYP
    – Program International Baccalaureate-Middle Years Programme (IBMYP) adalah berteraskan STEM yang melaksanakan kurikulum kebangsaan dengan mengintegrasikan dengan IBMYP.
    – Program ini menggunakan pendekatan pembelajaran yang menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, kritis, dan menghasilkan pemikir yang reflektif.
    – Terdapat 3 lokasi MRSM yang menawarkan program ini iaitu:
    i) MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang
    ii) MRSM Tun Dr Ismail, Pontian Johor
    iii) MRSM Tun Mohamad Fuad Stephens, Sandakan Sabah
  5. Program Teknikal
    – Program ini menerapkan elemen Teknikal dan Kejuruteraan pada peringkat menengah rendah berteraskan STEM.
    – Pada peringkat menengah atas, pelajar akan memilih sama ada Kejuruteraan Mekanikal atau Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
    – Hanya 1 MRSM yang menawarkan program ini iaitu di MRSM Bentong, Pahang.
  6. Program Khas Pendidikan (PKP)
    – PKP adalah program yang ditawarkan kepada pelajar cemerlang PT3.
    – Program ini menawarkan pendidikan berasaskan STEM yang mengaplikasikan pembelajaran pintar cerdas dan pembanguna bakat pelajar.
    – Terdapat 3 lokasi MRSM yang menawarkan program ini iaitu:
    i) MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan
    ii) MRSM Taiping, Perak
    iii) MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin Melaka

Syarat Umum & Khusus

Pelajar yang ingin melakukan permohonan ke MRSM perlu memenuhi syarat umum dan khusus yang telah ditetapkan.

Syarat umum kemasukan ke MRSM adalah seperti berikut:

  1. Calon adalah warganegara Malaysia.
  2. Ibu atau bapa juga adalah warganegara Malaysia.
  3. Calon mestilah memohon atas talian (online).
  4. Calon mestilah sihat tubuh badan.
  5. Bagi calon kurang upaya, calon mestilah boleh bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain.

Bagi syarat khusus kemasukan pula, calon perlulah memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Pencapaian akademik yang cemerlang.
  2. Calon mestilah aktif dalam bidang kokurikulum.
  3. Keutamaan diberikan kepada keluarga berpendapatan rendah.
  4. Pemilihan pelajar ke MRSM adalah berdasarkan merit.

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

Calon-calon yang melakukan permohonan MRSM perlu lulus 4 ujian bagi selain program Ulul Albab dan 5 ujian bagi program Ulul Albab.

Bagi kemasukan untuk Tingkatan 1, soalan UKKM adalah merangkumi Tahap II Sekolah Rendah.

Untuk kemasukan ke Tingkatan 4, soalan UKKM adalah merangkumi menengah rendah.

Ujian UKKM yang perlu dilalui oleh para calon ialah:

  1. Matematik- 20 soalan objektif (30 minit)
  2. Bahasa Inggeris- 15 soalan objektif (30 minit)
  3. Sains- 30 soalan objektif (30 minit)
  4. Keperibadian- 100 soalan objektif (30 minit)
  5. Hafazan dan Tulisan Jawi (pengambilan untuk Ulul Albab Sahaja) (35 minit).

Cara Memohon

Calon-calon yang berminat untuk memasuki MRSM perlu membuat permohonan melalui langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web berikut iaitu https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/
  2. Klik bahagian ‘Permohonan.’
  3. Klik bahagian ‘Daftar Pengguna.’
  4. Masukkan no. kad pengenalan dan klik butang ‘Hantar.’
  5. Isi maklumat Nama, Email dan Sekolah dengan lengkap dan klik butang ‘Hantar.’
  6. Satu mesej memaparkan pendaftaran telah berjaya dan disertakan dengan kata laluan. Kata laluan tersebut juga dihantar ke email yang didaftarkan.
  7. Log in dengan memasukkan no. kad pengenalan pemohon dan kata laluan yang diberikan.
  8. Kemudian, klik butang ‘Log Masuk.’
  9. Lengkapkan semua Maklumat Pemohon, Maklumat Ibu, Bapa dan Penjaga, Maklumat Pendapatan Keluarga, Maklumat Pilihan Program dan MRSM, dan Maklumat Pilihan Pusat Ujian dengan lengkap.
  10. Tandakan (/) di bahagian pengakuan pemohon dan klik butang ‘Hantar.’

Pertanyaan & Maklumat Lanjut Berkenaan Semakan Keputusan / Pendaftaran MRSM

Bagi sebarang pertanyaan berkenaan permohonan MRSM ini, sila berhubung dengan Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-2613 4222.

Sebarang maklumat lanjut, calon boleh melayari laman web MARA iaitu https://www.mara.gov.my/.

Sila klik pautan permohonan >> https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/

Bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai SPMRSM, syarat kemasukan, program bantuan dan kebajikan MRSM, serta Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) sila klik pautan >> https://anyflip.com/vfdpd/wxnf/

The post Semakan Permohonan Kemasukan Ke MRSM Sesi 2024 / 2025 appeared first on SEMAKAN ONLINE.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *