STR 2024 : Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1. Semasa pembentangan bajet 2024, kerajaan bersetuju meneruskan pemberian sumbangan tunai rahmah (str) dengan jumlah peruntukan meningkat kepada rm10 bilion berbanding rm8 bilion pada 2023.
Sumbangan Tunai Rahmah
Dengan peningkatan peruntukan ini, kadar maksimum STR juga meningkat daripada RM3,100 kepada RM3,700. Manakala, kadar minimum STR iaitu untuk golongan bujang atau belia juga meningkat daripada RM350 kepada RM500.
Apa yang menariknya semua penerima STR akan turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di mana 2 kategori baharu diperkenalkan iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih dan JKM.
Tarikh Bayaran STR 2024
Bayaran bagi 4 fasa Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2024 adalah seperti berikut:
- Fasa 1 : Februari 2024 (*dijangka disalurkan sebelum Ramadan)
- Fasa 2 : April 2024
- Fasa 3 : Ogos 2024
- Fasa 4 : November 2024
Kadar Bayaran
Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa kadar minimum STR untuk golongan belia dan isi rumah akan dinaikkan. Berikut adalah jumlah bantuan STR yang baharu yang akan disalurkan:
Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah (tiada had umur)
- Tiada anak : RM500
- 1-2 anak : RM500
- 3-4 anak : RM500
- 5 anak atau lebih : RM500
KATEGORI ISI RUMAH
Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000 (tiada had umur)
- Tidak mempunyai anak : RM100
- 1-2 anak : RM1503-4 anak : RM250
- 5 anak atau lebih : RM300
BUJANG / WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Jika pendapatan bulanan mereka tidak melebihi RM2500, bujang berusia 21 hingga 59 tahun atau OKU berusia 19 hingga 59 tahun layak untuk mendapat bantuan kewangan sebanyak RM150.
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan RM5000 ke bawah (Berumur 60 tahun ke atas) : RM150
Mohon juga (Tekan Link Dibawah):