Bonus RM1000 penjawat awam dan pesara kerajaan 2024 akan diagihkan tidak lama lagi. Bonus RM1000 atau lebih dikenali sebagai bayaran insentif awal RM1000 ini akan diagihkan kepada kakitangan awam dan pesara kerajaan.

Perdana Menteri mengumumkan Bayaran Insentif Awal Perkhidmatan Awam 2024 dalam Bajet 2024 baru-baru ini.

Berita gembira ini tentunya disambut baik oleh penjawat awam dan pesara.

Bonus RM1000 Penjawat Awam 2024

Kerajaan akan memberikan bayaran insentif awal pada Februari 2024.

Perdana Menteri memberikan bayaran insentif awal ini sementara menunggu semakan skim gaji dan elaun perkhidmatan awam.

Jumlah Bayaran Bonus Penjawat Awam

Berikut adalah jumlah bantuan yang akan diterima oleh penjawat awam:

  • Pegawai perkhidmatan awam gred 56 dan ke bawah termasuk pegawai dan pekerja yang dilantik secara kontrak akan menerima RM2,000
  • Penjawat Awam di sektor awam  termasuklah polis, bomba, tentera dan unit beruniform termasuk pesara kerajaan veteran berpencen dan veteran tidak berpencen menerima RM1,000

bonus rm1000 penjawat awam

Tarikh Bayaran Bonus RM1000 2024

Bayaran insentif permulaan ini akan dibayar pada penghujung Februari 2024.

Kaedah Pelaksanaan Pembayaran

JPA akan keluarkan notis memaklumkan pembayaran insentif awal  termasuklah Semakan Sistem Pampasan Perkhidmatan Awam (SSPA) 2023.