Kerajaan telah menaikkan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 sehingga RM500 kepada isi rumah berbanding bayaran maksimum sebanyak RM300 pada tahun lalu.

Mulai Isnin, 29 Januari 2024, pembayaran STR Fasa 1 untuk penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR akan dikreditkan ke dalam akaun bank mereka atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan STR masing-masing

Sebagai tambahan, semua penerima STR akan turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di mana 2 kategori baharu diperkenalkan iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih dan JKM.

STR Fasa 1

STR fasa 1

Kadar Bayaran STR Fasa 1

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa kadar minimum STR fasa 1 untuk golongan belia dan isi rumah akan dinaikkan. Berikut adalah jumlah bantuan STR yang baharu yang akan disalurkan:

STR Fasa 1

bayaran str fasa 1 2024

Kategori Isi Rumah

Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah (tiada had umur)

  • Tiada anak : RM500
  • 1-2 anak : RM500
  • 3-4 anak : RM500
  • 5 anak atau lebih : RM500

KATEGORI ISI RUMAH

  • Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000 (tiada had umur)
  • Tiada anak : RM100
  • 1-2 anak : RM1503-4 anak : RM250
  • 5 anak atau lebih : RM300

BUJANG / WARGA EMAS TIADA PASANGAN

  • Pendapatan Bujang bawah RM2500 (Berumur 21-59 tahun / OKU berumur 19-59 tahun) : RM150
  • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan RM5000 ke bawah (Berumur 60 tahun ke atas) : RM150

bayaran str fasa 1 2024

bayaran str fasa 1 2024

bayaran str fasa 1 2024

Tarikh Bayaran STR Fasa 1 2024

Untuk makluman anda semua, bayaran pertama bagi STR 2024 akan dilakukan bermula pada Isnin, 29 Januari 2024 dan dijangka akan disalurkan sebelum bulan Ramadhan.

  • Fasa 1 : 29 Januari 2024 (Isnin)
  • Fasa 2 : April 2024
  • Fasa 3 : Ogos 2024
  • Fasa 4 : November 2024

bayaran str fasa 1 2024

bayaran str fasa 1 2024

Maklumat Lanjut

Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam. Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747