STR 2024 : Tarikh Bayaran Fasa 1 Bermula Isnin Ini. Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR ) dengan jumlah peruntukan keseluruhan ditingkatkan kepada RM10 bilion berbanding RM8 billion pada 2023.

STR 2024

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 diawalkan kepada 29 Januari 2024 (Isnin depan) secara berperingkat, berbanding perancangan awal pada bulan Februari 2024
STR pada tahun 2024 akan memanfaatkan hampir 9 juta penerima atau 60% daripada penduduk dewasa kumpulan B40 dan M40.
Kerajaan telah menaikkan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 sehingga RM500 kepada isi rumah berbanding bayaran maksimum sebanyak RM300 pada tahun lalu.
Dengan ini, peruntukan bagi Fasa 1 telah bertambah sebanyak 26% kepada RM2.1 bilion daripada RM1.67 bilion pada tahun lepas dalam usaha untuk membantu sebilangan besar rakyat menangani peningkatan kos sara hidup.

Kadar Bantuan

Menurut Belanjawan 2024 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, berikut adalah jumlah bantuan STR 2024:

  • Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan
    • RM2,500 : 5 Anak Atau Lebih
    • RM2,000 : 3 – 4 Anak
    • RM1,500 : 1 – 2 Anak
    • RM1,000 : Tiada Anak
  • Pendapatan Isi Rumah : RM2,501 – RM5,000
    • RM1,250 : 5 Anak Atau Lebih
    • RM1,000 : 3 – 4 Anak
    • RM750 : 1 – 2 Anak
    • RM500 : Tiada Anak
  • Warga Emas Bujang
    • RM600
  • Bujang (Pendapatan durang daripada RM2,500)
    • RM350

Tarikh & Kadar Bayaran Fasa 1

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2024 ( https://bantuantunai.hasil.gov.my/ )

Mohon juga (Tekan Link Dibawah):