Pengeluaran Tabung Haji : Kaedah & Had Pengeluaran Tunai

Kaedah Pengeluaran Tunai Tabung Haji Melalui Kaunter, ATM atau Secara Online

Lembaga Tabung Haji (TH) merupakan sebuah institusi Islam yang menyediakan pelbagai kemudahan secara komprehensif dan sistematik demi kebajikan Jemaah Haji di Malaysia.

Melalui TH, anda boleh melakukan penyimpanan wang untuk melakukan ibadah Haji dan juga sebagai pelaburan patuh syariah anda.

Berikut akan kami kongsikan kepada anda cara melakukan pengeluaran tunai di TH.Pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel untuk mengetahui lebih lagi tentang hal ini.

Tabung Haji

Lembaga Tabung Haji (TH) merupakan sebuah institusi Islam yang sentiasa berusaha untuk menyediakan pelbagai kemudahan secara komprehensif dan sistematik demi kebajikan Jemaah Haji Malaysia.

Selain dari pengurusan simpanan yang halal dan pengurusan haji yang efisien, TH turut menjalankan aktiviti pelaburan bagi memberi nilai tambah kepada para pendeposit mereka.

Sebagai umat Islam di Malaysia kita sangat digalakkan untuk menyimpan menggunakan tabung haji. Hal ini kerana, melalui simpanan kita nanti, dengan izin-Nya kita akan dijemput untuk melakukan ibadah Haji.

Baca juga: Cara Buka Akaun Tabung Haji (TH) Online 2023

Cara Keluarkan Duit Tabung Haji

Walaupun, anda menyimpan duit di TH anda tidak perlu risau berkenaan pengeluaran duit di Tabung Haji. Hal ini demikian kerana, seperti akaun bank yang lain, TH juga membenarkan pengguna melakukan pengeluaran tunai.

Terdapat pelbagai cara atau kaedah yang boleh anda lakukan bagi mengeluarkan duit simpanan anda di Tabung Haji. Antaranya ialah:

1. Secara Atas Talian (Online)

Jika anda ingin melakukan pengeluaran duit Tabung Haji secara atas tali an, anda boleh melakukannya mengikut cara yang dipamerkan di bawah:

  1. Login ke akaun bank anda seperti biasa menggunakan username dan password
  2. Kemudian pilih bahagian melibatkan pemindahan wang (Transfer) dan pilih “Tabung Haji”
  3. Pada bahagian transfer from, pilih akaun “Tabung Haji” anda dan pada transfer to, pilih akaun anda atau third account.
  4. Seterusnya masukkan nombor akaun, jumlah yang ingin dipindahkan dan letakkan reference.
  5. Buat pemindahan seperti biasa sehingga selesai.

Sebagai contoh jika anda menggunakan akaun Maybank anda boleh lakukan seperti dalam gambar di bawah:

mae-TH
mae-TH
pengeluaran tabung haji

2. Melalui Kaunter TH

Bagi anda yang ingin melakukan pengeluaran secara bersemuka di kaunter Tabung Haji, anda hanya perlu pergi ke cawangan berdekatan anda.

Pastikan anda membawa kad pengenalan anda dan ikuti arahan dan prosedur kaunter yang telah ditetapkan. Pihak kaunter akan mencetak penyata ringkas dan memastikan pengeluaran anda berjaya.

3. Melalui Mesin ATM

Bagi anda yang ingin melakukan pengeluaran melalui mesin ATM akaun bank anda perlu pastikan bahawa akaun Tabung Haji dan akaun bank anda telah teraktif sebagai bahagian rakan strategik.

Pengaktifan rakan strategik ini hanya boleh dilakukan melibakan empat jenis bank sahaja iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB.

Pengaktifan kad ATM Rakan Strategik tersebut boleh dilakukan seperti dalam gambar rajah di bawah:

pengeluaran tabung haji atm

Had Pengeluaran Tabung Haji

Bagi anda yang ingin melakukan pengeluaran wang tunai, had pengeluaran bagi setiap pendeposit adalah sebanyak RM10,000. Pengeluaran melebihi jumlah tersebut perlu di lakukan di kaunter Tabung Haji.

Maklumat lanjut

Bagi anda yang menginginkan maklumat tambahan atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut berkenaan cara pengeluaran di Tabung Haji.

Anda boleh hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian di bawah:

ATAU;

Anda juga boleh menghadirkan diri ke mana-mana cawangan Tabung Haji berdekatan anda untuk mendapatkan jawapan.

The post Pengeluaran Tabung Haji : Kaedah & Had Pengeluaran Tunai appeared first on Semakan Online.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *