Makluman mengenai tarikh bayaran JKM 2024. Pemberian bayaran bantuan JKM adalah bertujuan supaya rakyat dapat meneruskan kelansungan hidup dengan baik melalui inisiatif yang diperkenalkan.

Di samping itu, JKM juga membantu rakyat ke arah pemulihan, pencegahan, serta pembangunan modal insan. Untuk golongan yang layak menerima bantuan Jabatan Kebajikan masyarakat(JKM) anda boleh membuat semakan mengenai tarikh bayaran JKM 2024.

Senarai Bantuan JKM Tahun 2024

image 251

Bagi tahun 2024, JKM masih meneruskan beberapa siri penyaluran bantuan kepada golongan yang layak. Berikut adalah senarai bantuan JKM tahun 2024:

  1. Elaun Pekerja Cacat
  2. Bantuan Am Persekutuan
  3. Bantuan Anak Pelihara (BAP)
  4. Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
  5. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
  6. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
  7. Bantuan Orang Tua (BOT)

Bantuan yang disenaraikan ini boleh dibuat permohonan dengan mengikuti cara-cara yang betul. Anda boleh rujuk cara untuk memohon bantuan dibawah.

Jadual Tarikh Bayaran JKM 2024

image 253
Untuk pengetahuan anda, pihak JKM tidak menetapkan penyaluran bantuan mengikut tarikh khusus secara rasmi. Namun, bantuan JKM kebiasaannya disalurkan mengikut awal bulan iaitu sebelum 10 hari bulan pada setiap bulan:
PerkaraTempohg Kredit
Tarikh Bayaran JKM 2024 Bulan Januarisebelum 10 haribulan
Tarikh Bayaran JKM 2024 Bulan Februarisebelum 10 haribulan
Tarikh Bayaran JKM 2024 Bulan Macsebelum 10 haribulan
Tarikh Bayaran JKM 2024 Bulan Aprilsebelum 10 haribulan
Tarikh Bayaran JKM 2024 Bulan Meisebelum 10 haribulan
Tarikh Bayaran JKM 2024 Bulan Junsebelum 10 haribulan
Tarikh Bayaran JKM 2024 Bulan Julaisebelum 10 haribulan
Tarikh Bayaran JKM 2024 Bulan Ogossebelum 10 haribulan
Tarikh Bayaran JKM 2024 Bulan Septembersebelum 10 haribulan
Tarikh Bayaran JKM 2024 Bulan Oktobersebelum 10 haribulan
Tarikh Bayaran JKM Bulan Novembersebelum 10 haribulan
Tarikh Bayaran JKM Bulan Disembersebelum 10 haribulan

Bayaran JKM mungkin juga akan diawalkan daripada kebiasaannya. Segala perubahan adalah tertakluk kepada pihak pengurusan JKM.

Panduan Permohonan Bantuan JKM Tahun 2024

Cara Mohon Bantuan JKM

image 252

 

Permohonan bantuan JKM untuk rakyat Malaysia secara bulanan boleh dibuat melalui portal JKM. Berikut adalah langkah-langkah untuk buat permohonan secara online:

  1. Sila layari laman web eBantuanJKM.
  2. Anda perlu membuat pendaftaran permohonan mengikut negeri
  3. Kemudian isikan nombor kad pengenalan
  4. Seterusnya, anda perlu lengkapkan borang berkaitan.
  5. Pengurusan permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
  6. Bagi permohonan yang didaftarkan akan dibuat siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon yang layak.

Nota : Anda perlu hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut daerah yang anda mohon dalam tempoh 14 hari dan permohonan secara atas talian anda akan diproses. Sekiranya anda gagal berbuat demikian, maka sistem akan membatalkan permohonan secara automatik.

Cara Semak Permohonan JKM

image 250

Berikut adalah cara membuat semakan status permohonan bantuan JKM :

  1. Sila layari ke laman web rasmi eBantuanJKM
  2. Klik butang ‘Semakan Status Semakan Atas Talian’
  3. Kemudian masukkan No.Kad Pengenalan dan klik butang Semak.
  4. Senarai hanya akan memaparkan status bantuan yang telah dipohon atau sedang diterima.

Sekiranya permohonan bantuan JKM anda berjaya maka akan disalurkan bantuan JKM secara bulanan seawal 10 hari bulan pada setiap bulan.