Tarikh Akhir Penebusan Bantuan Kredit eMadani RM100

Tarikh Akhir Penebusan Bantuan Kredit eMadani RM100 boleh dituntut secara one-off oleh rakyat Malaysia pada bulan ini. Untuk sedia maklum, perlaksanaan program pemberian bantuan khas ewallet RM100 ini adalah merupakan inisiatif yang dibawah Belanjawan 2024.

Bantuan Kredit eMadani RM100

Kerajaan perpaduan telah bersetuju untuk melancarkan program bantuan khas emadani RM100 yang diberikan kepada kategori dewasa. Tuntutan masih dibuka sehingga 20 Februari 2024 dan amaun tersebut perlu digunakan sebelum tarikh luput pada 29 Februari 2024.

Perlaksanaan insentif tambahan ini memberi manfaat kepada sekitar 10 juta penduduk Malaysia yang berumur 21 tahun keatas. Dengan adanya bantuan ewallet ini dapat meringankan beban dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai melalui penyedia perkhidmatan e-dompet terpilih.

Bantuan ini menggalakan pembayaran tanpa tunai dan memanfaatkan rakyat.

Penerima Yang Layak

Pihak kerajaan telah menetapkan beberapa kriteria syarat kelayakan asas bagi mendapatkan kredit RM100 percuma ini seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Berumur 21 tahun dan keatas pada tahun 2023
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi 100,000 dalam masa setahun
  • Penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
  • Kategori dewasa B40 & M40.

Tarikh Akhir Tuntutan

Kepada mereka yang terlepas pandang dan masih belum tuntut, masih belum terlambat untuk anda mendapatkan manfaat yang ditawarkan secara percuma ini. Penebusan boleh dilakukan sehingga 20 Februari ini dan tarikh akhir amaun tersebut boleh digunakan adalah 29 Februari 2024.

Cara Claim & Daftar

Bagi yang berkelayakan, anda boleh memilih salah satu penyedia aplikasi e-dompet yang terlibat iaitu Touch N Go, Setel, Shopeepay atau MAE. Panduan lengkap cara daftar dan tuntut telah disediakan, sila layari laman rasmi – eMADANI

Setiap individu hanya dibenarkan menebut sekali sahaja (one-off) melalui aplikasi edompet pilihan masing-masing.

Mohon juga (Tekan Link Dibawah):