BAYARAN INSENTIF AWAL KAJIAN SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM (SSPA)

Berita baik buat Penjawat Awam, Kerajaan bersetuju memberikan Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) kepada penjawat awam dan pesara sementara menunggu Kajian SSPA yang dijangka dimuktamadkan pada penghujung tahun ini.

Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) ini akan meneliti keperluan semua skim perkhidmatan dan dijangka akan dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan. Kali terakhir, semakan dilakukan adalah pada tahun 2012.

Oleh yang demikian, sementara menunggu semakan semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam siap, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata kerajaan bersetuju memberi bayaran insentif awal sebanyak RM 2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah.

Tarikh Bayaran Bonus Penjawat Awam 2024

Tarikh bayaran ini akan disalurkan pada 23 Februari 2024 (Jumaat).

Pengumuman tarikh pembayaran ini dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika menyampaikan amanat pada majlis perhimpunan bulanan bersama warga Kementerian Kewangan pada 6 Februari 2024.

Tarikh Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) 2024

Sebagai makluman, tarikh buka sekolah sesi 2024/205, Tarikh Puasa dan Tarikh Raya 2024 adalah sebagaimana berikut;

  • Tarikh buka sekolah kumpulan A – 10 Mac 2024 (Ahad)
  • Tarikh buka sekolah kumpulan B – 11 Mac 2024 (Isnin)
  • *Tarikh Puasa 2024 – 12 Mac 2024 (Selasa)
  • *Tarikh Raya 2024 – 10 April 2024 (Rabu)

Jumlah Bayaran Insentif Awal

Jumlah bantuan yang diberikan akan diterima  adalah sebagaimana berikut;

  1. RM2000 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah termasuk pegawai/kakitangan lantikan kontrak.
  2. RM1000 – Jawatan Utama Sektor Awam (termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform) dan Pesara Kerajaan (termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen).

Jumlah Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)

Kaedah Pelaksanaan

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dari semasa ke semasa akan mengeluarkan surat edaran bagi memaklumkan kaedah pelaksanaan Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi tahun 2024 yang meliputi mereka yang layak dibayar dan yang tidak layak dibayar.