Senarai Bantuan

Pemberian Insentif Bantuan RM500 : Dalam Akaun 1 Ahli KWSP

Pemberian Insentif Bantuan RM500 telah dikreditkan dalam akaun 1 setiap ahli KWSP yang menepati kriteria kelayakan yang ditetapkan. Untuk sedia maklum, inisiatif istimewa ini telah disalurkan secara berperingkat kepada para pencarum KWSP.

PEMBERIAN INSENTIF BANTUAN RM500

Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memaklumkan bahawa pengkreditan insentif bantuan caruman tambahan kerajaan telah dilakukan secara berperingkat. Peruntukan berjumlah RM708 juta telah disalurkan ke dalam akaun KWSP sekitar 1.4 juta ahli yang layak.

Untuk makluman, pemberian insentif khas ini merupakan tanda penghargaan dan sebagai dana persaraan yang dikreditkan dalam akaun 1. Pemberian insentif ini diberikan tanpa perlu memohon kepada ahli yang mempunyai simpanan tidak melebihi RM10,000 dalam akaun 1 masing-masing setakat 24 Februari 2023.

TUJUAN PEMBERIAN BANTUAN CARUMAN RM500

Insentif bantuan caruman tambahan ini diberikan adalah bertujuan menggalakan lagi ahli KWSP yang mempunyai simpanan dalam amaun yang rendah. Dengan meningkatkan simpanan dapat menjamin waktu persaraan nanti.

Perkara ini sejajar dengan matlamat KWSP bagi meningkatkan kecukupan amaun simpanan dan menyumbang secara signifikan kepada matlamat yang lebih luas. Dengan ini dapat membina masa hadapan kewangan yang lebih berdaya tahan.

KELAYAKAN BANTUAN INSENTIF CARUMAN TAMBAHAN

Insentif khas ini diberikan secara percuma tanpa perlu mengemukakan permohonan. Antara kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Ahli KWSP
  • Berumur 40 sehingga 55 tahun
  • Simpanan dalam akaun 1 maksimum RM10,000.

Kepada mereka yang memenuhi kelayakan, anda boleh membuat semakan dalam akaun 1 KWSP masing-masing untuk memastikan caruman tambahan RM500.

FASILITI SOKONGAN AKAUN 2 KWSP

Kepada yang terlepas pandang, KWSP telah menyediakan sebuah kemudahan pengeluaran khas bersyarat FSA2. Skim kemudahan ini diperkenalkan bagi membantu ahli KWSP yang berkelayakan untuk mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Amaun yang boleh dilakukan adalah minimum RM3,000 sehingga maksimum RM50,000 secara one-off. Panduan lengkap cara mohon telah disediakan, sila layari laman rasmi  FSA2 KWSP

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah melancarkan pelbagai jenis kemudahan serta insentif berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas