Senarai Pengeluaran Penuh KWSP 2024 Yang Dibenarkan

Senarai Pengeluaran Penuh KWSP 2024 Yang Dibenarkan kepada ahli yang berkelayakan bagi menguruskan kewangan mereka. Pihak KWSP telah menyediakan pelbagai jenis kemudahan pengeluaran bagi memberi manfaat kepada para pencarum.

Pengeluaran Penuh KWSP

Untuk memudahkan ahli KWSP membuat persediaan bagi menghadapi persaraan yang lebih selesa, KWSP membenarkan pengeluaran penuh dari simpanan untuk memenuhi keperluan tertentu berhubung kait dengan persaraan selari dengan polisi KWSP sedia ada.

Pengeluaran Umur 55

Untuk makluman, setelah ahli mencapai umur 55 tahun caruman yang diterima ke dalam simpanan akaun 1 dan akaun 2 akan digabungkan ke dalam akaun 55. Ahli yang telah mencapai umur 55 boleh membuat pengeluaran secara sebahagian atau penuh simpanan pada bila-bila masa.

Hilang Upaya

Kemudahan pengeluaran ini amat penting, kepada ahli yang ditimpa kecelakaan atau musibah yang membabitkan keupayaan fizikal atau mental terjejas. Mereka boleh membuat pengeluaran penuh KWSP simpanan dan layak menerima insentif RM5,000 sebagai bantuan hilang upaya.

Persaraan Yang Selesa Bagi Penjawat Awam

Skim Pengeluaran Pekerja Berpencen (SPPB) membolehkan ahli KWSP yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan telah diberikan taraf berpencen untuk mengeluarkan simpanan KWSP mereka.

Meninggalkan Negara

Ahli yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan Malaysia untuk berhijrah ke negara lain; atau ekspatriat; penduduk tetap (PR); atau pekerja asing yang kembali ke negara asal, boleh memilih untuk mengeluarkan kesemua simpanannya di KWSP.

Kematian

Sekiranya anda meninggal dunia, simpanan KWSP anda merupakan jaminan kepada orang-orang tersayang anda dan akan dapat membantu meringankan beban kewangan serta menampung perbelanjaan pengurusan pengebumian.

Kami menggalakkan anda membuat penamaan bagi membolehkan waris terdekat anda mengeluarkan simpanan KWSP tanpa sebarang kesulitan. Ahli keluarga yang di bawah tanggungan anda juga akan dipertimbangkan untuk menerima satu bayaran Bantuan Kematian bagi membantu mereka dalam waktu kesulitan.

Semak dan Cara Mohon

Kepada ahli yang ingin membuat pengeluaran KWSP secara sebahagian atau kesemua, anda boleh semak syarat kelayakan dan cara mohon secara online. Untuk permohonan, sila layari laman rasmi KWSP – DI SINI

Mohon juga (Tekan Link Dibawah):