Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Antaranya adalah bantuan tunai yang dikenali sebagai Bantuan Khas Kewangan (BKK) dan akan dikreditkan kepada yang layak. Ini adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan:
Bantuan RM2,500
Antara negeri yang memperkenalkan Bantuan Khas Kewangan atau BKK adalah Kerajaan Negeri Sembilan di bawah Belanjawan 2024-nya. Bantuan itu akan melibatkan sumbangan tunai sebanyak satu bulan setengah gaji atau minimum RM2,500.
Ia akan disalurkan kepada sekitar 6,662 orang penjawat awam negeri berkenaan. Bantuan ini adalah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada penjawat awam negeri yang sentiasa komited dalam melaksanakan tugas diamanahkan.
Pembayaran Bantuan
Berkenaan dengan cara pembayaran, ia akan dikreditkan secara terus ke akaun penerima yang terdiri daripada para penjawat awam Negeri Sembilan.
Dimaklumkan juga bahawa pembayaran itu akan dibuat sebanyak dua kali iaitu pada hujung Februari dan hujung Mac 2024. Ditegaskan bahawa bantuan ini diberikan secara automatik kepada mereka yang layak dan tidak melibatkan sebarang permohonan.
Di bawah Belanjawan sama, pihak Kerajaan Negeri Sembilan turut memperkenalkan baucar bantuan lesen motosikal sebanyak RM150 seorang kepada belia dari keluarga B40 terhad kepada 100 orang belia dari setiap DUN.
Bantuan Anak Sekolah (BAS) untuk pelajar-pelajar sekolah rendah juga akan diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM900,000 dan Biasiswa Anak Negeri untuk pelajar-pelajar sekolah menengah sebanyak RM800,000.