Puasa 2024 : Tarikh Mula Puasa Bulan Ramadan 2024

Bulan puasa atau bulan Ramadan merupakan satu bulan dalam kalendar Islam yang sangat ditunggu-tunggu dan dinanti-nantikan umat Islam di seluruh dunia. Hal ini kerana bulan ini merupakan bulan paling mulia dalam agama Islam.

Pada bulan Ramadan ini, umat Islam akan berpuasa daripada makan, minum dan perbuatan yang dilarang bermula dari terbit fajar (Waktu Subuh) sehingga tenggelamnya matahari (Waktu Maghrib).

Berikut merupakan tarikh mula bulan puasa 2024 dan sedikit penerangan berkenaan bulan puasa. Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui lebih lagi berkenaan bulan mulia ini.

Sejarah Bulan Ramadan

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan salah satu rukun dalam rukun Islam yang wajib dilakukan oleh umat Islam pada bulan ke sembilan dalam kalendar Islam bagi individu yang telah baligh (cukup umur), sihat, dan waras.

Ibadah puasa pada bulan Ramadan ini telah bermula pada bulan Syaaban tahun kedua Hijrah selepas turunnya ayat ke 183-184 surah Al-Baqarah di bawah:

“Wahai orang yang beriman, puasa itu telah diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan kepada umat-umat sebelum kamu, mudah-mudahan dengan puasa itu kamu bertaqwa. Iaitulah pada hari-hari yang ditetapkan.

Barangsiapa dari kalangan kamu yang sakit atau bermusafir, maka gantilah puasa yang kamu tinggalkan itu pada hari-hari yang lain di luar bulan Ramadhan. Dan wajiblah ke atas mereka yang tidak berdaya untuk berpuasa itu membayar fidyah iaitu memberi makan kepada seorang miskin.

Maka barangsiapa yang melakukan kebaikan itu secara sukarela maka ia adalah suatu kebaikan bagi dirinya. Sesungguhnya berpuasa itu adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui”

Surah Al-Baqarah:183-184

Dengan turunnya ayat ini, umat Islam telah diwajib menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadan bagi memenuhi salah satu rukun dalam agama Islam. Pada bulan ini juga Allah S.W.T telah memberikan kepada umatnya malam Lailatul Qadar, iaitu satu malam yang penuh barakah.

Jadi sebagai umat Islam, pastinya bulan puasa ini merupakan satu bulan yang sangat dinanti-nantikan kerana, Allah SWT telah menurunkan rahmat-Nya dengan pahala yang berganda, hidayah dan keampunan-Nya pada bulan mulia ini.

Beli buku “40 Hadis Tentang Puasa Dan Ramadan” karya Prof. Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi bagi memahami lebih mendalam tentang bulan Ramadan ini.

Tarikh Puasa 2024

Bagi umat Islam yang menantikan bulan Ramadan ini, tarikh puasa bagi tahun 2024 adalah berdasarkan sama ada anak bulan pada 29 Syaaban 1445H dapat dilihat atau tidak.

Tarikh rasmi tersebut akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad pada malam mencerap anak bulan tersebut.

Namun begitu, menurut kalendar Islam yang dikeluarkan pihak JAKIM, bulan Ramadan ini dijangkakan akan jatuh pada 12 Mac 2024.

Puasa 2024

Dapatkan telekung dan sejadah dengan harga yang berpatutan sebelum tibanya bulan Ramadan ini.

Tarikh Penting Dalam Islam 2024

Berikut merupakan tarikh-tarikh penting dalam Islam yang lain selain bulan Ramadan bagi tahun 2024, yang telah dikeluarkan pihak JAKIM:

Diharapkan dengan adanya artikel ini, anda dapat membuat persiapan awal dalam menjalani bulan puasa 2024.

Semoga amal ibadah yang akan kita lakukan pada Ramadan 2024 ini, diterima oleh Allah S.W.T. Diharapkan juga, dengan kehadiran bulan baik ini, kita juga menjadi manusia yang lebih baik.

The post Puasa 2024 : Tarikh Mula Puasa Bulan Ramadan 2024 appeared first on Semakan Online.

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *