Sekiranya anak-anak anda bakal memasuki Darjah 1 tahun depan, ibu bapa / penjaga mestilah membuat pendaftaran online Tahun 1 ambilan 2025 / 2026 bermula 2 Mei 2024 sehingga 30 Jun 2024.
Pendaftaran murid tahun 1 dan semakan penempatan bagi sekolah yang dipilih, boleh dibuat secara atas talian di portal rasmi yang telah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu atau melalui sekolah pilihan anda.
Syarat Kemasukan Tahun 1 Sesi 2025 / 2026
Permohonan ini terbuka kepada seluruh negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Kemasukan Darjah 1 bagi Tahun 2024 adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2018 hingga 1 Januari 2019.
Kemasukan Tahun 1 bagi tahun 2025 adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2019 hingga 1 Januari 2020.
Hanya ibu/bapa/penjaga sahaja yang dibenarkan membuat permohonan bagi murid tersebut
Tarikh Pendaftaran
Permohonan online Murid Tahun 1 bagi kalendar akademik sesi 2025/2026 akan dibuka pada 2 Mei 2024 hingga 30 Jun 2024.
Cara Pendaftaran Tahun 1 Online KPM
Bagi pengguna kali pertama, anda wajib membuat pendaftaran sebagai pengguna terlebih dahulu.
Selesai berjaya mendaftar, barulah anda boleh log masuk untuk membuat permohonan Tahun 1.
Untuk maklumat yang lebih jelas, berikut kami kongsikan langkah demi langkah bagaimana untuk membuat pendaftaran Tahun 1 secara atas talian.
Sistem Pendaftaran Atas Talian KPM boleh diakses menerusi aplikasi https://idme.moe.gov.my/login
Bagi yang ingin mendaftar anak ke prasekolah, pastikan anda rujuk Manual Pendaftaran ePrasekolah.
Semakan Keputusan Permohonan
Setelah anda melakukan permohonan, anda boleh menyemak keputusan permohonan anda bermula 1 Oktober 2024 sehingga 31 Oktober 2024.
Jika anak anda berjaya, pastikan anda mencetak dokumen yang dipaparkan seperti di bawah dan hantar ke sekolah yang ditawarkan sebelum 31 Oktober 2024.
*NOTA: Namun jika anak anda tidak berjaya, anda boleh melakukan rayuan permohonan bermula 1 Disember sehingga 31 Disember 2024 melalui sistem yang sama. TIADA RAYUAN MANUAL yang boleh dilakukan.
Soalan Lazim
Soalan lazim berkenaan Pendaftaran Murid Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2025/2026.
Maklumat Tambahan
Jika terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat berkaitan penempatan Tahun 1 di sekolah yang diinginkan, anda boleh menghubungi nombor telefon dan e-mel mengikut negeri pendaftaran anak anda.
Nombor telefon dan e-mel tersebut boleh diperoleh melalui pautan berikut: https://public.moe.gov.my/?kpm=hubungi&negeri=0.
Anda juga boleh menghantar sebarang pertanyaan ke alamat e-mel berikut:
- Berkenaan IDME: supportidMe@moe.gov.my.
- Soalan Umum melibatkan KPM: pertanyaan.bgpss@moe.gov.my
The post Login Sistem Pendaftaran Online Tahun 1 Sesi 2025 / 2026 (idMe) appeared first on Semakan Online.