SAPS : Cara Semak Keputusan Peperiksaan Anak-Anak

Sistem Analisis Perperiksaan Sekolah atau lebih dikenali sebagai SAPS merupakan satu sistem yang diwujudkan bagi membantu ibu bapa dalam memantau keputusan anak-anak mereka.

Anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk ke sekolah untuk mengetahui keputusan pelajar. Anda hanya perlu membuka peranti pintar anda bagi mengetahui markah peperiksaan mereka.

Untuk mengetahui lebih lagi tentang sistem analisis peperiksaan ini, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini.

SAPS Semakan Ibu Bapa

SAPS merupakan satu sistem yang membantu ibu bapa dalam menyemak keputusan peperiksaan anak-anak mereka dari semasa ke semasa.

Melalui sistem ini juga, ibu bapa boleh mengetahui Kedudukan Dalam Kelas (KDK) dan Kedudukan Dalam Darjah (KDD) bagi sekolah rendah atau Kedudukan Dalam Tingkatan (KDT) bagi sekolah menengah.

Untuk makluman para waris, sistem SAPS menyokong kesemua ujian peringkat sekolah termasuk  ujian percubaan sekolah rendah dan menengah.

Namun bagi peperiksaan penting seperti UPSR, PT3 dan SPM 2017, ibu bapa perlu membuat semakan secara manual di sekolah masing-masing atau secara SMS seperti yang dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Langkah Menyemak Keputusan

Bagi ibu bapa yang ingin melakukan semakan peperiksaan anak-anak, anda boleh terus ke laman rasmi SAPS, dan lakukan langkah-langkah dibawah untuk mendapatkan keputusan pelajar:

  1. Masukkan nombor kad pengenalan anak/anak jagaan anda, dan tekan butang “Cari”
  2. Pilih Negeri, Daerah, dan Sekolah anak anda, dan tekan butang “Semak”
  3. Pilih tahun peperiksaan yang dikehendaki
  4. Pilih jenis peperiksaan
  5. Pilih Papar Slip Keputusan jika anda ingikan slip, dan pilih Papar Markah Peperiksaan, jika anda hanya ingin melihat markah mereka.

Baca juga: Cara Membuat Semakan Rekod CCRIS Online

Sistem Gred Pemarkahan

Berikut adalah sistem gred pemarkahan sebagai rujukan anda:

Gred Sekolah Rendah

  • 80-100 Gred A Cemerlang
  • 65-79 Gred B Baik
  • 50-64 Gred C Memuaskan
  • 40-49 Gred D  Mencapai Tahap Minimum
  • 0-39 Gred E Belum Mencapai Tahap Minimum
  • TH Tidak Hadir

Gred Sekolah Menengah

  • 85-100 Gred A Cemerlang
  • 70-84 Gred B Kepujian
  • 60-69 Gred C Baik
  • 50-59 Gred D  Memuaskan
  • 40-49 Gred E Mencapai Tahap Minimum
  • 0-39 Gred F Belum Mencapai Tahap Minimum
  • TH Tidak Hadir

Gred Menengah Atas

  • 90-100 Gred A+ Cemerlang Tertinggi
  • 80-89 Gred A Cemerlang Tinggi
  • 70-79 Gred A- Cemerlang
  • 65-69 Gred B+ Kepujian Tertinggi
  • 60-64 Gred B Kepujian Tinggi
  • 55-59 Gred C+ Kepujian Atas
  • 50-54 Gred C Kepujian
  • 45-49 Gred D Lulus Atas
  • 40-44 Gred E Lulus
  • 0-39 Gred G Gagal
  • TH Tidak Hadir

Semoga perkongsian ini membantu ibu bapa lebih memahami tentang proses semakan keputusan pelajar secara online melalui SAPS.

The post SAPS : Cara Semak Keputusan Peperiksaan Anak-Anak appeared first on Semakan Online.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *