Bantuan Khas Raya Aidilfitri RM1,200 dibayar minggu ini (Mac 2024)

Banyak jenis bantuan dan inisiatif  telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antara adalah Bantuan Khas Aidilfitri. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan berkenaan: –

Baru-baru ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri bagi tahun 2024 sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,200.

Bantuan khas itu akan diberikan kepada seluruh anggota perkhidmatan awam negeri itu sebagai tanda penghargaan untuk mereka yang merupakan nadi penggerak kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri meluluskan BKKA untuk tahun ini iaitu sebanyak setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM1,200 kepada seluruh anggota perkhidmatan awam negeri sebagai penghargaan kepada mereka.

RAYA

“Dalam pada itu, BKKA ini turut dipanjangkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Badan Berkanun dan anak syarikat kerajaan negeri tertakluk kepada keupayaan kewangan masing-masing,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Dalam masa sama, Kerajaan Negeri turut bersetuju memberikan bantuan sama tapi dengan jumlah RM300 kepada penyelia dan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru sekolah rendah agama rakyat (SRAR), guru sekolah menengah agama rakyat (SMAR).

Nilai sama akan disalurkan kepada kakitangan SRAR, SMAR serta sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) selain guru tahfiz, pondok, tadika Islam (TADIS) serta guru dan kakitangan sekolah persendirian Cina negeri Pulau Pinang.

Tarikh & Cara Pembayaran

Berdasarkan kenyataan rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang, pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri akan dibuat pada 15 Mac 2024 dan melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM7.44 juta.

Pembayaran pula akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima yang layak. Dimaklumkan juga bahawa pembayaran bantuan khas ini dibuat secara automatik dan tidak melibatkan sebarang permohonan.

Sebelum ini, pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada para penjawat awamnya dengan kadar setengah bulan gaji atau minimum RM1,000.

Pembayarannya telah pun selesai dilaksanakan pada bulan Disember 2023 dengan peruntukan keseluruhan lebih RM7.051 juta.

The post Bantuan Khas Raya Aidilfitri RM1,200 dibayar minggu ini (Mac 2024) appeared first on Bantuan Kerajaan Malaysia.