Bantuan e-Wallet RM300 Setiap Bulan Untuk Golongan B40

Bantuan e-Wallet RM300 Setiap Bulan Untuk Golongan B40. nisiatif khas dalam bentuk bantuan ewallet ini telah diperkenalkan bagi meringankan beban golongan yang memerlukan.

Bantuan e-Wallet RM300

Tahukah anda kerajaan negeri telah memperkenalkan satu inisiatif khas yang dikenali sebagai program bantuan kebajikan atau bingkas. Insentif bantuan ini tidak diberikan secara tunai, ia disalurkan dalam bentuk ewallet.

Bagi pemohon yang layak, mereka akan menerima insentif tambahan bernilai rm300 sebulan atau bersamaan rm3,600 dalam tempoh setahun. Jumlah itu boleh digunakan dengan membeli keperluan asas di pasar raya atau kedai runcit berdaftar.

Pada tahun lalu, kerajaan negeri menyasarkan sekitar 30 ribu keluarga akan mendapat faedah yang ditawarkan ini. Bagi yang memerlukan, permohonan boleh dikemukakan sementara masih dibuka.

Syarat Kelayakan Bantuan e-Wallet RM300

Berikut adalah syarat kelayakan bantuan:

  • Warganegara Malaysia
  • Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
  • Pemilih berdaftar di negeri Selangor
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah
  • Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan

Cara Mohon

Sebarang maklumat lanjut mengenai BINGKAS, anda boleh rujuk portal rasmi di https://bingkasselangor.com/

Pemohon juga perlu melampirkan dokumen sokongan berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan)
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
  • Pengesahan Penyata pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)

Bantuan e-dompet ini boleh digunakan untuk membeli barangan kepelruan di pasaraya berdaftar tanpa wang tunai (cashless). Jumlah e-dompet ini akan ditambah ke paras RM300 setiap bulan secara automatik.

Mohon juga (Tekan Link Dibawah):

The post Bantuan e-Wallet RM300 Setiap Bulan Untuk Golongan B40 appeared first on Bantuan Kerajaan Malaysia.