Sumbangan Asas Rahmah (SARA) : Bayaran Kredit RM100 Dalam Mykad. Kerajaan telah memperkenalkan geran rahmat asas (sara) kepada penerima str. Bantuan ini adalah bantuan tambahan yang diberikan kepada penerima str yang layak sahaja.

Bantuan ini akan diberikan secara berfasa dan minimum jumlah bayaran tambahan diterima adalah RM150 sehingga maksimum RM1,200 mengikut kategori kelayakan.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024

Dalam Belanjawan Madani 2024, isi rumah dengan lima anak atau tiga anak dan kadar tambahan yang penting iaitu untuk miskin tegar, mendapat bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tambahan RM1200.

Manakala dalam Belanjawan 2024, bantuan ini diluaskan kepada 700,000 penerima STR dengan bayaran RM100/sebulan untuk 12 bulan melalui langkah yang sama – iaitu melalui MyKad.

Kategori Yang Layak Menerima Bantuan STR Tambahan @ Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Kadar tambahan STR berjumlah RM1200 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar.

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan bantuan RM100:

  • Warganegara Malaysia
  • Tersenarai sebagai isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih dan JKM
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 bagi kategori isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

Tarikh Bayaran & Penebusan Bantuan SARA

Bagi mereka yang permohonan STR diluluskan dan menepati syarat-syarat kelayakan SARA, mereka akan menerima bantuan ini bermula pada 22 Januari 2024.

Penerima yang layak kemudiannya akan diberikan penerangan berkenaan kedai runcit terdekat untuk membeli keperluan runcit asas.

Pada ketika ini, terdapat lebih 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas

Semakan Status Melalui Portal MyKasih

Semakan status kelayakan SARA boleh disemak di Portal Rasmi STR dan mekanisme pelaksaan SARA boleh dirujuk di portal mykasih di sini https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai STR 2024 boleh layari laman web STR di

Mohon juga (Tekan Link Dibawah):

The post Sumbangan Asas Rahmah (SARA) : Bayaran Kredit RM100 Dalam Mykad appeared first on Bantuan Kerajaan Malaysia.