Senarai Bantuan

Bantuan Kewangan BWE RM500 Disalurkan Setiap Bulan

Bantuan Kewangan BWE RM500 Disalurkan Setiap Bulan secara automatik setiap bulan kepada pemohon yang layak pada tahun ini. Inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini merupakan insentif dibawah Belanjawan 2024.

Bantuan BWE 2024

Kerajaan menerusi agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperkenalkan sebuah program skim insentif yang dikenali sebagai Bantuan Warga Emas. Atas keprihatinan pihak kerajaan, perlaksanaan pemberian bantuan khas ini masih diteruskan bagi sesi tahun 2024.

Program bantuan istimewa ini dikendalikan sepenuhnya oleh pihak JKM dan mereka yang berkelayakan, permohonan masih dibuka. Tujuan utama insentif bulanan ini diadakan adalah bagi membantu meringankan beban bagi meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup dalam komuniti.

Kadar bayaran bantuan tunai BWE adalah bernilai RM500 seorang sebulan, pengkreditan akan disalurkan secara bulanan. Di bawah dikongsikan butiran berkenaan syarat kelayakan dan panduan permohonan bantuan BWE tahun ini.

 

Baca juga disini –> STR Fasa 2 : Tarikh & Jumlah Bayaran Akan Dikreditkan

Syarat Kelayakan

Antara beberapa kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan dan perlu dipatuhi adalah seperti berikut :

  1. Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  2. Bermastautin di negara ini
  3. Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas
  4. Pendapatan isi rumah tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa atau purata miskin perkapita semasa
  5. Pemohon tidak tinggal di mana-mana institusi kendalian JKM
  6. Tidak menetap di pusat jagaan harian yang memberi kemudahan dan perkhidmatan secara percuma
  7. Perlaksanaan program bantuan kebajikan adalah selaras dengan senarai bersama antara pihak kerajaan persekutuan dan negeri. Perkara ini telah termaktub dalam peruntukan perlembagaan persekutuan Malaysia dibawah senarai 3 – Jadual kesembilan senarai perundangan.

Cara Mohon

Untuk rakyat Malaysia yang berkelayakan, pendaftaran permohonan bagi mendapatkan manfaat RM500 sebulan boleh dikemukakan pada tahun ini. Panduan lengkap cara daftar dan mohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – BWE 2024

Mohon juga (Tekan Link Dibawah):

The post Bantuan Kewangan BWE RM500 Disalurkan Setiap Bulan appeared first on Bantuan Kerajaan Malaysia.