Niat Zakat Fitrah, Waktu Membayar & Hukum Bayar Zakat Online

Niat Zakat Fitrah, Waktu Membayar & Hukum Bayar Zakat Online

Zakat fitrah adalah kewajipan yang perlu dipenuhi oleh umat Islam semasa bulan Ramadhan.

Ia merupakan tanggungjawab bagi setiap Muslim yang berkemampuan untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik dalam kalangan saudara seagama, sekaligus mentaati perintah Allah SWT.

Daripada Ibnu Umar RA:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَرَضَ زَكَاةَ الْفِطْرِ مِنْ رَمَضَانَ عَلَى النَّاسِ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ عَلَى كُلِّ حُرٍّ أَوْ عَبْدٍ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Maksudnya:Rasulullah SAW telah memfardhukan zakat fitrah iaitu satu gantang tamar atau satu gantang sya’ir pada bulan Ramadan ke atas setiap orang Islam,
sama ada yang bebas atau hamba lelaki atau perempuan.
(Hadis Riwayat Muslim:(984)

Zakat Fitrah

Zakat Fitrah merupakan salah satu bentuk zakat yang wajib dikeluarkan oleh setiap muslim lelaki dan perempuan yang mampu, mengikut syarat-syarat tertentu.

Ia adalah zakat yang dikenakan ke atas diri sendiri sebagai pembersihan bagi orang yang berpuasa dari perbuatan sia-sia dan perkataan keji selama bulan Ramadan, serta sebagai bantuan kepada golongan miskin dan memerlukan.

Firman Allah SWT:

Niat Zakat Fitrah

Niat Zakat Fitrah

Dalam setiap amalan ibadah, niat memainkan peranan yang sangat penting.

Ini termasuklah dalam pembayaran zakat di mana niat harus jelas dan ikhlas demi mencapai tujuan yang sebenar dari amalan tersebut.

Daripada Saidina Umar al-Khattab RA Sabda Nabi SAW:
إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّةِ وَإِنَّمَا لاِمْرِئٍ مَا نَوَى
Maksudnya: Sesungguhnya setiap amalan bergantung kepada niat. Dan setiap perkara akan dibalas mengikut apa yang diniatkannya.
Hadis Riwayat Muslim (1907)

Lafaz Niat Zakat Fitrah Untuk Diri Sendiri

Niat Zakat Fitrah

Lafaz Niat Zakat Fitrah Untuk Isteri

Niat Zakat Fitrah

 Niat Zakat Fitrah Untuk Anak Lelaki

Lafaz Niat Zakat Fitrah Untuk Anak Perempuan

Lafaz Niat Untuk Diri Sendiri & Seluruh Keluarga

Niat Untuk Orang Yang Diwakilkan

Syarat Wajib Zakat

  1. Islam/Muslim
    • Zakat diwajibkan kepada orang Islam sahaja & orang bukan islam tidak diwajibkan.
  2. Islam/Muslim yang merdeka
    • Zakat diwajibkan kepada orang islam yang merdeka & hamba tidak diwajibkan.
  3. Sempurna Milik
    • Harta yang dimiliki dikuasai sepenuhnya oleh orang islam yang merdeka dan bebas untuk menggunakannya.
  4. Cukup Nisab
    • Nisab adalah kadar minima yang telah ditetapkan oleh hukum syarak bagi sesuatu harta untuk dikeluarkan zakat. Kekurangan daripada kadar tersebut menggugurkan kewajipan berzakat.
  5. Sempurna haul
    • Harta yang telah cukup nisab hendaklah berada dalam pemilikan dan simpanan selama setahun iaitu pusingan 12 bulan tahun Hijrah (354 hari)

Bilakah Waktu Menunaikan Zakat Fitrah?

Berikut waktu untuk menunaikan zakat :

  • Waktu Wajib
    • Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.
  • Waktu Afdal
    • Sebelum sembahyang hari raya.
  • Waktu Sunat
    • Sepanjang bulan Ramadhan.
  • Waktu Makruh
    • Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal.
  • Waktu Haram
    • Selepas terbenam matahari 1 Syawal.

Hukum Bayar Zakat Fitrah Secara Online

Menurut laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, zakat boleh dibayar tanpa akad ijab dan kabul. Syarat zakat yang sah adalah niat, kepemilikan harta, serta penyerahan dan penerimaan. Oleh itu, pembayaran zakat fitrah secara online dianggap sah kerana ia memenuhi syarat-syarat ini.

 

The post Niat Zakat Fitrah, Waktu Membayar & Hukum Bayar Zakat Online appeared first on Bantuan Kerajaan Malaysia.