Senarai Bantuan

Pengeluaran Bersyarat KWSP FSA2 Sehingga RM3000

Pengeluaran Bersyarat KWSP FSA2 Sehingga RM3000. Inisiatif ini bertujuan untuk memberi manfaat kepada para pencarum yang memerlukan bantuan kewangan.

Pengeluaran Bersyarat KWSP (FSA2)

Untuk Makluman anda, Kemudahan yang bertujuan untuk membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Simpanan dalam Akaun 2 boleh digunakan untuk membayar pembiayaan peribadi ini menerusi permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun.

Dengan adanya program FSA2 ini memboleahkan ahli KWSP yang mempunyai masalah kewangan boleh menyelesaikan sementara aliran tunai melalui pembiayaan peribadi. Simpanan ahli kekal dalam akaun 2 dan terus akan menerima dividen tahunan KWSP.

Pada bulan Mac ini, KWSP memperkenalkan kemudahan istimewa di mana ahli yang memerlukan dibenarkan untuk mengeluarkan jumlah tertentu, iaitu RM3000 hingga RM50000, dari Skim Pengeluaran Bersyarat FSA2.

 

Baca juga disini –> KWSP Akaun 3 : Tarikh Pelaksanaan Pengeluaran & Syarat Kelayakan

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 40 tahun & ke atas tetapi belum mencapai umur 55 tahun (Untuk Fasa 1)
  3. Permohonan adalah sekali sahaja
  4. Simpanan minimum Akaun 2: RM3,000
  5. Pengeluaran bersyarat maksimum RM50,000
  6. Memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh bank

Semak Kelayakan

Jika anda layak dan mempunyai keperluan, anda boleh menghantar permohonan dalam talian semasa program dibuka. Panduan lengkap cara mendaftar aplikasi sudah sedia, layari halaman portal rasmi FSA KWSP FASA 1.

PENTING : Daftar dan aktifkan i-Akaun di Terminal Layan Diri (SST) di cawangan KWSP terdekat anda supaya anda boleh menerima nombor Kod Kebenaran Transaksi (TAC) untuk semakan kelayakan.

Semak cawangan KWSP terdekat disini.

Kadar Pengeluaran

Difahamkan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah menetapkan kadar faedah minimum serendah RM3,000. Dan jumlah maksimum yang dibenarkan sekali gus ialah RM50,000.

Nota: Jumlah sebenar pengeluaran bersyarat pada umur 50 atau 55 adalah tertakluk kepada jumlah pembiayaan peribadi yang diluluskan oleh institusi perbankan.

Cara Mohon

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian.

Terdapat 3 langkah utama yang perlu diambil oleh ahli:

Langkah 1: Menjalankan semakan awal kelayakan simpanan untuk Akaun 2 KWSP melalui portal institusi perbankan yang mengambil bahagian.

Langkah 2: Buat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan.

Langkah 3: Kemukakan permohonan awal pengeluaran bersyarat pada umur 50 atau 55 tahun kepada KWSP melalui portal institusi perbankan, tertakluk kepada jumlah pembiayaan peribadi yang diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan.

Maklumat Lanjut

Sebarang ibfo lanjut mengenai perkara tersebut, anda boleh layari laman rasmi FSA2 KWSP

Mohon juga (Tekan Link Dibawah):

The post Pengeluaran Bersyarat KWSP FSA2 Sehingga RM3000 appeared first on Bantuan Kerajaan Malaysia.