Daftar PADU! Ini Sebab Dan Manfaat Kepentingannya. Ia terdapat banyak manfaat yang ada kepada mereka yang mendaftar dalam sistem pengkalan data utama. Pihak kerajaan telah memperkenalkan dan membuka pendaftaran sistem PADU bagi memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia.

Pengkalan Data Utama (PADU)

Kerajaan perpaduan telah memperkenal sebuah sistem yang dikenali sebagai Pengkalan Data Utama (PADU) pada tahun ini. Untuk makluman, sistem ini diwujudkan adalah bertujuan mengumpul data maklumat profil secara individu, isi rumah yang merangkumi warganegara dan permastautin tetap.

Sistem PADU ini merangkumi maklumat yang dikemaskini secara berkala dan dikumpulkan melalui integrasi data pentadbiran dari pelbagai sumber. Pengkalan Data Utama ini direka untuk membantu kerajaan pusat dalam melaksanakan dasar secara bersasar.

Dengan adanya maklumat setiap penduduk dapat memastikan tiada yang tercicir daripada menerima inisiatif atau bantuan mengikut kelayakan. Perlaksanaan sistem ini bakal memberi manfaat kepada rakyat terutama golongan B40 dan miskin.

 

Baca juga disini –> Pengeluaran Bersyarat KWSP FSA2 Sehingga RM3000

Manfaat PADU

1. Menambah baik pengurusan bantuan dan subsidi secara bersasar.

Ini termasuklah pelaksanaan subsidi ke atas petrol, diesel, elektrik dan tol.

PADU akan dijadikan sebagai sumber rujukan berpusat yang menentukan kumpulan sasar yang layak menerima bantuan dan subsidi serta mengurangkan ralat kemasukan (inclusion) dan pengecualian (exclusion) sekaligus meminimumkan keciciran dan ketidaktepatan kumpukan sasar.

2. Memantapkan pengurusan bencana dan krisis.

Lokasi dan profil individu yang terkesan akibat bencana dapat dikenalpasti dan dianalisis menerusi sistem PADU. Ini menjadikan penyaluran bantuan lebih cekap.

Contoh terbaik adalah negara Korea Selatan dalam menangani krisis pandemik. Penggunaan teknologi dan data inovatif membolehkan mereka mempercepatkan pengesanan, pemantauan dan pengurusan krisis.

3. Menangani isu ketidaksepadanan pekerjaan dan pendidikan.

Dengan membuat semakan, pengemaskinian maklumat di Portal PADU, maklumat seperti pendapatan, pendidikan, pekerjaan dan geografi akan menjadi inpu analisis kerajaan bagi mengenalpasti individu yang mengalami isu ketidaksepadanan pekerjaan.

Ini meliputi ketidaksepadanan mengenak (tahap pendidikan), melintang (ketidakpadanan kursus / bidang pekerjaan) dan geografi (lokasi / negeri / mukim).

Maklumat ini akan digunakan dalam pembentukan dasar sumber manusia dan program intervensi pasaran buruh yang lebih efisien, seiring dengan kerangka Ekonomi MADANI.

4. Mempersiapkan negara bagi menghadapi penduduk menua.

Malaysia kini, peringkat masyarakatnya adalah 7.4 peratus penduduk menua.

Melalui sistem ini, pembentukan dasar kependudukan yang optimum dari segi keselamatan sosial dan pencen, merancang perkhidmatan penjagaan kesihatan bersesuaian dengan keperluan, seterusnya mencipta program atau latihan meningkat kemahiran pekerja sekaligus dapat meningkatkan pembabitan warga emas dalam pasaran buruh.

5. Menjadi input mengenalpasti dan mengatasi kesenjangan jaringan perlindungan sosial masyarat.

Statistik menunjukkan lebih 40 peratus penduduk bekerja Malaysia tidak dilindungi daripada sebarang musibah pekerjaan jika dibandingkan dengan 16.3 juta penduduk bekerja.

Begitu juga dengan isu ketidakcukupan simpanan wang persaraan yang berada pada tahap serius apabila 6.3 juta ahli di bawah usia 55 tahun atau 48 peratus daripada keseluruhan pencarum mempunyai baki simpanan kurang daripada RM10,000 setakat 30 September 2023.

Melalui PADU, sistem perlindungan sosial rakyat dapat dikukuhkan.

6. Berpotensi menyokong pengurusan belanjawan lebih strategik menerusi pengurusan subsidi dan bantuan lebih bersasar.

Dalam Belanjawan 2023, sebanyak 74.8 peratus bajet mengurus yang mana 22.1 peratus daripadanya diperuntukkan untuk subsidi dan bantuan sosial.

Melalui pelaksanaan subsidi dan bantuan bersasar, penjimatan perbelanjaan dapat diperolehi.

7. Pemangkin kepada Kerajaan Digital

Melalui penggunaan data dan analitik, PADU akan mengemudi transformasi digital kerajaan yang lebih bermaklumat, bermanfaat serta berkesan sebagai salah satu e-khidmat kerajaan merangkumi:

  • Menyelaras perkhidmatan dengan lebih teratur, holistik dan mempunyai impak signifikan kepada kumpulan sasar. Ini mendorong kerajaan ke arah pembangunan dan usaha kemapanan lebih baik bagi meningkatkan kualiti taraf hidup.
  • Menangani cabaran membangunkan negara ke arah lebih baik seperti mengurangkan penyebaran penyakit, menangani perubahan iklim dan lain-lain.

Cara Daftar PADU

Pendaftaran boleh dibuat di Portal Rasmi Sistem Pangkalan Data Utama iaitu https://padu.gov.my/

Mohon juga (Tekan Link Dibawah):

The post Daftar PADU! Ini Sebab Dan Manfaat Kepentingannya appeared first on Bantuan Kerajaan Malaysia.