Bantuan Tunai RM100 Untuk Kategori Bujang. Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan sebuah bantuan kerajaan yang diberikan dalam 4 kali pembayaran bagi tempoh setahun.
Setelah sekian lama rakyat menunggu pembayaran, akhirnya bayaran STR Fasa 2 mula dikreditkan secara berperingkat pada 3 April 2024.
STR Fasa 2
Kerajaan telah bersetuju untuk terus melancarkan program pemberian bantuan Sumbangan Tunai Rahmah bagi sesi tahun 2024. Apa yang menarik adalah jumlah keseluruhan bantuan telah dinaikkan kepada RM3,700 berbanding tahun lalu RM3,100.
Bukan itu sahaja, pemberian bantuan tambahan iaitu Sumbangan Asas Rahmah juga turut diperluaskan kepada 700,000 penerima STR. Ini bermakna akan lebih ramai penerima STR akan dapat manfaat yang diberikan secara percuma.
Kadar bayaran bantuan tunai MySTR bagi fasa-2 adalah dari RM100 – RM650, jumlah ditentukan mengikut kategori kelayakan. Pembayaran fasa kedua ini akan diberikan secara one-off dan mula disalurkan pada 3 April sehingga 9 April secara berperingkat.
Baca juga Disini –> Jadual Tarikh Gaji Penjawat Awan Tahun 2024
Bayaran STR Fasa 2
Secara rasmi, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan mula dikreditkan pada 3 April 2024 sehingga 9 April 2024.
Setakat ini, seramai 8.2 juta individu yang layak telah berdaftar untuk STR 2024. Jumlah ini dijangkakan akan bertambah sehingga 9 juta penerima.
Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran secara tunai melalui cawangan BSN boleh diterima bermula 3 April.
Jumlah Bayaran
Jumlah bayaran adalah berbeza mengikut kategori. Ini adalah jumlah bayaran yang kami terima berdasarkan posting Kementerian Kewangan.
1. Isi Rumah (RM 0 – RM 2,500)
- RM 150– Tiada anak
- RM 300 – 1-2 anak
- RM 500 – 3-4 anak
- RM 650 – 5 ke atas
2. Isi Rumah (RM 2,501 – RM 5,000)
- RM 100 hingga RM 300
3. Warga Emas Tiada Pasangan
- RM 150
4. Bujang
- RM 100
Cara Bayaran
Sama seperti STR sebelum ini, terdapat 2 cara bayaran adalah seperti ini
- Bayaran bantuan akan terus dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan
- Sekiranya tidak mempunyai akaun bank atau terdapat masalah dengan akaun bank, pembayaran akan disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).
The post Bantuan Tunai RM100 Untuk Kategori Bujang appeared first on Bantuan Kerajaan Malaysia.