JADUAL TARIKH GAJI PENJAWAT AWAM 2024 & BONUS

Jadual Tarikh Gaji Penjawat Awam 2024 & Bonus – JANM

Untuk pengetahuan semua, Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah mengeluarkan senarai tarikh rasmi pembayaran gaji untuk semua penjawat awam di Malaysia bagi tahun 2024 serta bonus 2023 @ Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam dan Pesara dalam Belanjawan 2024.

Sila ikuti perkongsian kami berkaitan beberapa maklumat penting terutamanya berkaitan tarikh pembayaran emolumen bulanan tahun 2024. Berikut kami juga kongsikan Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam RM2000 yang diumumkan dalam Belanjawan 2024.

Jadual Tarikh Gaji Penjawat Awam 2024 Dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2024

Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan dan memberi panduan kepada
Kementerian/Jabatan berkaitan:

1.1 Tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2024; dan

1.2 Peraturan yang perlu dipatuhi oleh Kementerian/Jabatan bagi memastikan tatacara
pengurusan bayaran emolumen dapat dilaksanakan dengan tepat, betul dan
emolumen dibayar mengikut tarikh yang ditetapkan.
2. Tarikh Pembayaran Emolumen

Tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2024 adalah seperti di Lampiran 1 yang ditetapkan selaras dengan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 dan surat Kementerian Kewangan Malaysia rujukan BKSK(S) 600-1/7/6 Jld.4(12) bertarikh 1 November 2023: Penetapan Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2024.

3. Peraturan Pembayaran Emolumen

Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama SPANM Tatacara Pengurusan Bayaran Emolumen Pegawai Awam Persekutuan yang berkuat kuasa Tanggungjawab Pusat Tanggungjawab (PTJ)

3.1.1 Mengunci masuk Borang Perubahan Gaji (Kew.320 Pin.1/2019) yang diterima daripada Pusat Pembayar Gaji beserta dokumen sokongan mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Perakaunan bagi mengelakkan sebarang kelewatan.

3.1.2 Memastikan Borang Perubahan Gaji (Kew.320 Pin.1/2019) berkaitan kes kemasukan pegawai yang diterima lewat daripada tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Perakaunan dikemaskini dan diproses secara berasingan (Late Cycle) untuk membolehkan bayaran dibuat selewat-lewatnya pada hari akhir bekerja bulan tersebut.

3.1.3 Menyemak maklumat dalam laporan Fail Induk Gaji sebaik sahaja ePenyata Gaji & Laporan yang berkenaan dapat dimuat turun dari Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) (www.anm.gov.my) dan mengambil tindakan serta merta untuk membuat pelarasan dan pembetulan jika perlu.

Kesilapan yang perlu dibetulkan dalam laporan Fail Induk Gaji termasuk perkara berikut:

(1) Butiran peribadi;
(2) Nombor akaun bank
(3) Nombor rujukan:

3.1.4 Memastikan semua arahan bagi potongan emolumen adalah lengkap dan tepat dengan nama, nombor kad pengenalan baru dan nombor rujukan potongan.

3.1.5 Memastikan semua pembayaran emolumen Pegawai Awam Persekutuan dibayar melalui Sistem Emolumen Berkomputer. Sekiranya terdapat keperluan pembayaran emolumen melalui Arahan Pembayaran bagi keskes tertentu, kebenaran dan kelulusan Ketua Akauntan Kementerian atau Pengarah JANM Negeri/Cawangan hendaklah didapatkan terlebih dahulu.

3.2 Tanggungjawab Pejabat Perakaunan

3.2.1 Menetapkan tarikh pemprosesan larian emolumen bulanan untuk dipatuhi oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ)

3.2.2 Memastikan semua pembayaran emolumen Pegawai Awam Persekutuan yang dibayar melalui Sistem Emolumen Berkomputer dan sebarang pembayaran melalui Arahan Pembayaran boleh dibenarkan bagi kes-kes tertentu dengan kelulusan Ketua Akauntan Kementerian atau Pengarah JANM Negeri/Cawangan.

3.2.3 Selaras dengan AP105(a) yang berkuat kuasa, pembayaran emolumen bagi bulan Februari, Mei, Julai dan Ogos 2024 akan dibuat pada hari Jumaat. Sehubungan itu, Pejabat Perakaunan di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor hendaklah memantau pengurusan bayaran emolumen pada hari berkenaan.

3.3 Tanggungjawab Pegawai Awam Pegawai Awam (pemilik akaun) hendaklah merujuk kepada bank masing-masing sekiranya terdapat sekatan ke atas pembayaran emolumen di akaun bank pegawai yang mempunyai pembiayaan pinjaman dari bank berkenaan yang mana sekatan adalah tertakluk kepada terma perjanjian yang telah dimerterai di antara pegawai dan bank tersebut.

3.4 Pembayaran Emolumen Bagi Pekerja Bergaji Hari

3.4.1 Bayaran hendaklah diproses bermula pada 1 haribulan atau hari bekerja pertama bulan berikutnya; dan

3.4.2 Tarikh pembayaran emolumen adalah selewat-lewatnya pada hari ketujuh (7) bekerja bulan berikutnya.
100 Ribu Berkumpul Di Channel Kami Untuk Dapat Info Semasa 2024. Join Sekarang! (https://t.me/ecentral)

4. Hal-Hal Lain

Pertanyaan lanjut mengenai Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM), boleh
dirujuk kepada pihak berikut:

Pengarah
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
62594, Presint 2
Putrajaya.

The post JADUAL TARIKH GAJI PENJAWAT AWAM 2024 & BONUS appeared first on Bantuan Kerajaan Malaysia.