Senarai Bantuan

Bantuan Sara Hidup RM300 Disalurkan Setiap Bulan

Bantuan Sara Hidup RM300 Disalurkan Setiap Bulan. kepada mereka yang berkelayakan pada tahun ini. Seperti sedia maklum, inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini merupakan salah satu insentif yang disediakan pada tahun 2024.

Bantuan Sara Hidup

Atas keprihatinan kerajaan membantu meringankan beban mereka yang memerlukan, pelbagai jenis inisiatif bantuan telah diperkenalkan pada tahun ini. Salah satu program insentif yang ada pada tahun ini adalah program bantuan sara hidup (BSH) yang sedia maklum.

Program BSH ini adalah merupakan bantuan sumbangan kewangan yang disalurkan secara bulanan kepada penerima. Inisiatif istimewa ini dikendalikan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) bagi sesi tahun ini.

Perlaksanaan program BSH ini adalah bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup rakyat yang berstatus para veteran ATM yang memerlukan. Kepada pemohon yang layak, mereka akan menerima bantuan bernilai RM300 setiap bulan secara automatik.

 

Baca juga Disini –> Senarai Pengeluaran KWSP 2024 Yang Dibenarkan

Kelayakan

Syarat Kelayakan Bantuan Sara Hidup adalah seperti berikut yang telah ditetapkan:

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan garis kemiskinan (PGK)
  • Had umur yang berkelayakan dipertimbangkan adalah 60 tahun dan ke atas
  • Bekas anggota tetap angkatan tentera Malaysia (ATM)
  • Tidak diberhentikan kerja di bawah kes tartatertib
  • Balu yang telah berkahwin semula tidak layak mohon
  • Anak yatim piatu wajib berumur 18 tahun ke bawah dan bawah 21 tahun jika masih belajar
  • Tiada syarat had umur bagi kategori cacat kekal
  • Faktor kesihatan dan penyakit yang menjejaskan pekerjaan (perlu surat pengesahan pegawai perubatan kerajaan).

Cara Mohon

Untuk mereka yang berkelayakan dan berkeperluan, permohonan boleh dikemukakan bagi mendapatkan manfaat yang ditawarkan. Panduan lengkap cara mohon dan butiran lengkap telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – BSH (JHEV) 2024

Nota : Borang permohonan boleh dimuat turun di laman rasmi tersebut.

The post Bantuan Sara Hidup RM300 Disalurkan Setiap Bulan appeared first on Bantuan Kerajaan Malaysia.