Kerajaan Telah Umum pemberian bantuan MyKad RM100 setiap bulan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah yang berkelayakan pada tahun ini.

Bermacam jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan pada tahun 2024 bagi memberi manfaat kepada rakyat Malaysia terutama golongan B40 dan miskin tegar.

PEMBERIAN BANTUAN MYKAD RM100 (MYSARA)

Pemberian Sumbangan Asas Rahmah atau bantuan Mykad ini adalah lanjutan daripada program STR pada tahun ini.

Bantuan ini merupakan insentif tambahan yang diberikan secara percuma tanpa perlu mohon kepada penerima STR.

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN MYKAD RM100

  1. Warganegara Malaysia
  2. Penerima STR berstatus lulus pada tahun ini
  3. Kategori miskin dan miskin tegar.

JADUAL BAYARAN PEMBERIAN BANTUAN MYKAD (SARA)

Bayaran bagi penerima Semenanjung adalah bermula Januari 2024 sehingga Disember 2024.

Manakala penerima Sabah, Sarawak dan Labuan menerima bayaran 2 kali pada Februari dan Ogos tahun ini.

SEMAKAN STATUS PEMBERIAN BANTUAN MYSARA 2024

Setiap penerima sumbangan tunai rahmah boleh membuat semakan status sama ada layak atau tidak menerima insentif SARA kerana bantuan diberikan secara automatik tanpa permohon mohon.

Untuk semakan sila ke laman rasmi bantuan SARA – MYKASIH

SENARAI BANTUAN-BANTUAN LAIN

Terdapat lebih banyak inisiatif bantuan telah disediakan oleh kerajaan persekutuan bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat yang memerlukan. Kepada yang terlepas pandang boleh semak – SENARAI BANTUAN sebagai rujukan.

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *