BWE : Bantuan Kebajikan RM500 Sebulan Kini Boleh Dimohon

BWE : Bantuan Kebajikan RM500 sebulan kini boleh dimohon oleh mereka yang berkelayakan dan berkeperluan bagi meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.

Program Bantuan Warga Emas atau BWE ini merupakan salah satu bantuan kewangan bulanan dibawah peruntukan Belanjawan 2024.

BANTUAN KEBAJIKAN RM500 SEBULAN (BWE)

Kerajaan telah memperkenalkan sebuah inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan khusus untuk orang tua /warga emas pada tahun ini. Program bantuan warga emas RM500 ialah bantuan di bawah pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membantu mereka golongan warga emas.

Pemberian insentif bantuan ini diberikan setiap tahun bagi mereka yang benar-benar memerlukan dan menepati kriteria kelayakan yang telah ditetapkan. Pada tahun sebelum ini kadar jumlahnya cuma RM350, atas keprihatinan kerajaan, kini jumlah bantuan warga emas ini meningkat kepada RM500.

Permohonan program istimewa ini dibuka dan diberi keutamaan kepada warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria kelayakan) untuk meneruskan kelangsungan hidup. Dengan adanya insentif bulanan ini pihak JKM yakin dapat mengurangkan beban kos sara hidup mereka yang memerlukan.

BACA JUGA – BANTUAN SARA HIDUP (BSH)

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN KEBAJIKAN BWE TAHUN INI

JKM telah tetapkan beberapa kriteria kelayakan yang perlu dipatuhi untuk permohonan BWE tahun ini ;

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia sahaja
  • Pemohon merupakan warga emas berumur 60 tahun dan ke atas
  • Pendapatan isi umah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  • Warga emas yang bukan tinggal di:
  • Mana-mana institusi kendalian JKM atau
  • Pusat jagaan harian/ kediaman yang memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma.

Info : Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) diantara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri. Perkara ini sudah termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan senarai perundangan.

LANGKAH DAFTAR & MOHON BANTUAN BWE

Bagi mereka yang menepati syarat kelayakan, permohonan boleh dikemukakan bagi mendapatkan manfaat yang ditawarkan secara percuma ini. Untuk panduan lengkap jelas dan terperinci, sila layari laman pautan rasmi BWE – https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/bwe

Borang permohonan disediakan di laman rasmi tersebut dan permohonan bantuan kewangan BWE ini boleh dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian di seluruh negara.

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *