EKasih : Cara Mohon Bantuan kewangan yang ditawarkan boleh dilakukan secara manual dan dalam talian (online) oleh rakyat Malaysia yang berkelayakan.
Seperti yang sedia maklum, portal ekasih ditubuhkan adalah bagi menangani masalah kewangan rakyat serta membasmi kemiskinan.
EKasih : Panduan Cara Mohon Bantuan
Kerajaan telah menubuhkan sebuah laman portal yang dikenali sebagai eKasih.
Fungsi laman ini adalah untuk membantu meringankan beban rakyat yang terjejas dari segi kewangan.
Syarat-Syarat Kelayakan Mohon Bantuan EKasih 2024
Setiap individu yang ingin kemukakan permohonan wajib mematuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut ;
- Warganegara Malaysia
- Pendapatan tidak melebihi (PGK) pendapatan garis kemiskinan
- Keluarga miskin dan miskin tegar.
Panduan Daftar Bantuan EKasih (Manual / Online)
Bagi makluman, terdapat 2 kaedah cara permohonan iaitu secara dalam talian atau manual. Untuk panduan permohonan secara online, sila layari laman rasmi ekasih – eKasih
Untuk pendaftaran secara manual pula, pemohon boleh hadir ke pejabat kebajikan masyarakat berdekatan kediaman masing-masing.
Atau pilihan membuat laporan kemiskinan melalui emel rasmi / surat kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) dan Pemimpin Tempatan.
Untuk sebarang pertanyaan atau rujukan butiran lengkap, kalian boleh layari laman rasmi ekasih yang telah disediakan diatas.
Pingback: Kemudahan Akaun 3 KWSP :Manfaat Pengeluaran Jangka Pendek - Senarai Bantuan