Pemberian Bantuan Asas Rahmah atau (SARA) adalah merupakan sebuah insentif lanjutan daripada program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024.
Perlaksanaan program khas ini telah memasuki tahun kedua pelancaran bagi memberi manfaat kepada golongan yang kurang berkemampuan.
Pemberian Bantuan Asas Rahmah Tahun 2024
Tahukah anda, pihak kementerian kewangan telah bersetuju untuk melancarkan pemberian Sumbangan Asas Rahmah pada tahun ini. Untuk pengetahuan umum, bantuan khas ini tidak memerlukan sebarang permohonan, kerana insentif disalurkan secara automatik kepada penerima STR yang layak.
Pada tahun ini kadar jumlah bayaran SARA telahpun ditingkatkan kepada RM1,200 berbanding tahun 2024 hanya berjumlah RM600.
Bukan itu sahaja, tahun ini juga kerajaan telah menambah kategori penerima kepada isi rumah, warga emas dan bujang yang berstatus miskin/ miskin tegar dan bukan miskin. Pada tahun lalu hanya 1 kategori yang layak menerima bantuan ini pada kadar RM600 iaitu miskin tegar.
Jumlah Bayaran Bantuan Asas Rahmah (Kategori)
Kadar jumlah bayaran bantuan asas rahmah ini diberikan mengikut kategori kelayakan seperti di bawah ;
- Penerima STR isi rumah & warga emas (miskin/ miskin tegar) : RM1,200
- Penerima STR bujang (miskin/ miskin tegar) : RM600
- Penerima STR isi rumah (bukan miskin/ miskin tegar) : RM300
- Penerima STR bujang & warga emas (bukan miskin & miskin tegar) : RM150
Semakan Kelayakan & Butiran Lengkap Bantuan (SARA)
Sekiranya kalian merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah pada tahun ini, semakan status kelayakan boleh dilakukan secara dalam talian. Untuk cek status dan butiran lengkap, sila layari pautan rasmi – SARa MyKASIH
Untuk rujukan penuh kalian boleh lihat di laman tersebut atau hadir ke pejabat LHDNM berdekatan.