Bantuan Suri Rumah RM480 setahun adalah merupakan insentif yang ditawarkan di dalam program i-suri KWSP pada tahun ini.

Mereka yang berkelayakan boleh mendaftar dan mendapatkan inisiatif yang ditawarkan dalam kemudahan tersebut.

Program I-Suri KWSP (Bantuan RM480 Untuk Suri Rumah)

Pihak kerajaan perpaduan dibawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memperkenalkan pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif bagi memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia.

Perkenalan program skim i-suri adalah merupakan salah satu inisiatif khas daripada kerajaan untuk membantu golongan wanita khusus kepada suri rumah, balu, ibu tunggal yang berdaftar dengan ekasih.

Kepada yang berdaftar akan automatik layak menerima sumbangan bantuan dari kerajaan berjumlah RM480 setahun kepada bayaran caruman sebanyak RM5 sebulan dalam akaun KWSP.

Tujuan utama perlaksanaan kemudahan ini i-suri ini adalah bagi memastikan kesejahteraan golongan kelompok suri rumah dan mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga.

Kelebihan Bantuan Suri Rumah I-Suri

Berikut adalah antara kelebihan dan manfaat yang boleh didapatkan di dalam program i-suri KWSP ;

  1. Menerima dividen tahunan dari KWSP
  2. Automatik dapat insentif dari kerajaan minimum RM40 sebulan bersamaan RM480 setahun
  3. Boleh tebus bantuan khairat kematian sebanyak RM2,500 one-off.

Syarat Layak Daftar Bantuan Suri Rumah 2024

Beberapa kriteria khusus syarat kelayakan telah ditetapkan, antaranya adalah ;

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia (Ahli KWSP)
  • Isteri kepada ketua isi rumah (KIR)/ wanita (KIR) berstatus balu, belum berkahwin atau telah bercerai
  • Berdaftar dalam pengkalan data kemiskinan negara(ekasih)
  • Mencarum minimum RM5 sebulan atau RM60 setahun dan akaun KWSP
  • Kelayakan had umur adalah dibawah 55 tahun.

Panduan Daftar Permohonan Bantuan

Untuk yang berkelayakan dan berkeperluan, permohonan boleh dibuat sepanjang tahun ini secara dalam talian atau hadir ke kaunter KWSP seluruh negara. Panduan lengkap telah disediakan, sila ke pautan rasmi – I-SURI KWSP

Maklumat Tambahan

Pelbagai jenis program skim bantuan disediakan oleh kerajaan negeri dan persekutuan pada tahun ini bagi menangani masalah kewangan rakyat terutama golongan sasar. Kalian boleh semak senarai bantuan yang ada dan layak untuk dimohon – RUJUK DISINI untuk info lengkap.

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *