Bayaran STR Isi Rumah berjumlah sehingga RM2,500 telahpun mula dikreditkan secara menyeluruh melalui empat fasa pembayaran bagi sesi 2024.
Salah satu inisiatif bantuan kewangan yang telah dilancarkan oleh kerajaan perpaduan pada tahun ini adalah Sumbangan Tunai Rahmah (MySTR).
Kerajaan Kreditkan Bayaran STR Kepada Isi Rumah
Kementerian Kewangan telah memaklumkan pada sidang Belanjawan 2024, sumbangan tunai rahmah pada tahun ini akan disalurkan selama 4 fasa. Kategori isi rumah akan menerima bayaran jumlah bantuan yang tertinggi berbanding kategori bujang dan warga emas.
Bagi penerima kategori berkeluarga atau isi rumah, jumlah bayaran adalah serendah RM500 sehingga RM2,500 setahun. Kadar ditentukan mengikut kategori pendapatan dan bilangan tanggungan anak.
Mejoriti penerima bantuan tunai MySTR ini adalah golongan sasar dan kumpulan B40 pada tahun ini. Kategori isi rumah STR juga layak menerima insentif tambahan SARA yang berjumlah RM1,200 setahun.
Kadar Bayaran STR Isi Rumah Mengikut Bilangan Anak
KATEGORI KELUARGA B40 (PENDAPATAN RM2,500)
- Bilangan tanggungan anak (0) ; RM1,000
- Bilangan tanggungan anak (1 dan 2) ; RM1,500
- Bilangan tanggungan anak (3 dan 4) ; RM2,000
- Bilangan tanggungan anak (lebih dari 5) ; RM2,500
KELUARGA M40 (PENDAPATAN RM5,000)
- Bilangan tanggungan anak (0) ; RM500
- Bilangan tanggungan anak (1 dan 2) ; RM750
- Bilangan tanggungan anak (3 dan 4) ; RM1,000
- Bilangan tanggungan anak (lebih dari 5) ; RM1,250
Jadual Bayaran STR Isi Rumah Tahun 2024
Di bawah adalah jadual rasmi pembayaran bantuan tunai rahmah mengikut fasa bagi sesi tahun ini ;
- Fasa pertama STR : Mula dibayar pada 29 Januari 2024
- Fasa kedua STR : Mula dibayar pada 3 April 2024
- Fasa ketiga STR : Mula dibayar pada Ogos 2024 (Akan Dikemaskini)
- Fasa keempat STR : Mula dibayar pada November 2024 (Dikemaskini)
Cek Status Bayaran MySTR Setiap Fasa
Sekiranya anda merupakan salah seorang penerima STR pada tahun ini, semakan status bayaran setiap fasa boleh disemak sepanjang tahun ini. Untuk lebih butiran semakan, sila ke pautan rasmi portal bantuan – MySTR 2024.
Maklumat Lebih Lanjut
Tahun ini Kerajaan telahpun perkenalkan bermacam jenis program bantuan khusus bagi mengurangkan beban rakyat yang memerlukan. Bagi mereka yang terlepas pandang atau tidak tahu boleh semak senarai bantuan yang ada – RUJUK DISINI sebagai panduan lengkap.