Bayaran Gaji Bakal Dinaikkan Hingga 10 Peratus Tahun Depan

Bayaran Gaji Bakal Dinaikkan Hingga 10 Peratus Tahun Depan – Menurut satu kajian, lebih daripada 60 peratus pekerja di Malaysia berharap mendapat kenaikan gaji antara satu hingga 10 peratus pada tahun 2022. Kajian ini juga mendapati bahawa pekerja di negara ini optimis tentang peluang kerja dan pembangunan profesional mereka.

Berdasarkan kajian dan keputusan tersebut, pekerja kini lebih mengutamakan duit berbanding sebelum ini dan menjadikan bonus sebagai perkara utama dalam kerjaya mereka.

Skim bonus merupakan imbuhan paling penting yang mempengaruhi keputusan 9 daripada 10 pekerja (90 peratus) untuk menerima jawatan baru, menurut kajian. Ini menunjukkan bahawa pekerja menghargai ganjaran duit yang berkaitan dengan prestasi mereka.

Bayaran Gaji Bakal Dinaikkan Hingga 10 Peratus

“Bagi mereka yang berfikir tentang bonus, mereka mengharapkan sekurang-kurangnya 6 hingga 10 peratus daripada gaji asal masing-masing. Manakala, lebih separuh daripada responden (54 peratus) menyatakan persediaan untuk berunding bagi mendapatkan gaji yang lebih tinggi,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Tinjauan gaji tahunan itu telah dijalankan terhadap lebih daripada 400 responden di negara ini pada bulan September lalu.

Ai Rene Tan, Ketua Roberts Walters Malaysia, memberi pendapat tentang tinjauan tersebut. Beliau berkata, gaji pada tahun 2024 dijangka tidak banyak berubah kerana syarikat-syarikat baru yang masuk ke pasaran bersaing untuk mendapatkan talent yang sama. Ini menyebabkan persaingan gaji yang tinggi di antara syarikat-syarikat tersebut.

Bayaran Gaji Bakal Dinaikkan

“Syarikat besar berkemungkinan akan menawarkan pakej gaji yang kompetitif untuk menarik calon-calon yang diingini, yang memerlukan tumpuan menangani jurang antara pemintaan dan penawaran,” jelasnya.

Tinjauan yang dijalankan mendapati terdapat jurang antara kehendak pekerja dan tawaran majikan dalam hal kenaikan gaji. Hanya 22 peratus pekerja yang berpuas hati dengan kenaikan gaji antara satu hingga lima peratus, manakala 53 peratus majikan beranggapan bahawa kadar kenaikan itu adalah munasabah.

Majikan Bagi Bonus & Skim Insurans Kesihatan Peribadi

“Majikan bagaimanapun sedar akan manfaat berkaitan kewangan yang semakin diutamakan pekerja.

Lebih 4 daripada 5 majikan (83 peratus) telah memberikan bonus dan skim insurans kesihatan peribadi untuk pekerja-pekerja sedia ada,” jelasnya.

Selain itu, amalan bekerja secara hibrid sangat digemari oleh responden kaji selidik, iaitu pada kadar 64 peratus.

Sumber diambil daripada KOSMO.