EMadani Shopee Tebus RM100. Cara tebus RM100 di eWallet Shopeepay. Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut tentang cara penebusan RM100 eMadani dengan menggunakan ShopeePay.
Syarat Kelayakan
Untuk tebus bantuan ini, sila semak syarat dan kriteria kelayakan bagi setiap penerima yang layak :
- Rakyat Malaysia
- Berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan bawah RM100,000 setahun
- Bukan penerima eBeliaRahmah
- Belum menebus eMadani melalui mana-mana platform eWallet lain
- Telah membuat pengesahan kad pengenalan pada aplikasi yang ingin ditebus
Tempoh Penebusa
- Tempoh tuntutan: 4 Disember 2023 – 20 Februari 2024
- Tempoh perbelanjaan: 4 Disember 2023 – 29 Februari 2024
Cara Tebus eMadani ShopeePay RM100
Untuk tebus dan claim bantuan RM100 eMadani di Shopee ini, berikut adalah langkah-langkahnya:
- Langkah 1: Lancarkan aplikasi ShopeePay (KLIK SINI RM100)
- Langkah 2: Klik pada icon eMadani pada halaman utama
- Langkah 3: Masukkan maklumat anda dan klik ‘Submit’
- Langkah 4: Anda akan menerima pemberitahuan apabilah penebusan RM100 eWallet berjaya.
Cara Aktifkan Akaun Shopee
Cara Verify (Pengesahan) Akaun ShopeePay
Apakah Yang Boleh Dibeli Menggunakan Kredit RM100 eMadani
Anda boleh buat sebarang transaksi secara fizikal di 1.8 juta peruncit/perniagaan melalui e-wallet pilihan anda, KECUALI:
- Pemindahan ‘peer-to-peer’;
- Penebusan tunai;
- Bayaran bil utiliti dengan aplikasi e-dompet;
- Bayaran berkaitan Kerajaan dengan aplikasi e-dompet;
- Bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- Pembelian permainan (‘games’) terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- Bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
- Aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet; dan
- Transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim FAQ eMadani di SINI
The post eMadani Shopee Tebus RM100 appeared first on Bantuan Kerajaan Malaysia.