Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong berkata kerajaan akan menunaikan janjinya untuk menyediakan bantuan e-Wallet RM100 kepada penerima yang layak pada Disember tahun ini.

“Bantuan e-wallet RM100 ini akan diagihkan pada bulan Disember nanti. Jadi (rakyat) akan dapat (bantuan ini). Rakyat diminta bersabar kerana kerajaan akan tunaikan janji,” katanya kepada Bernama, 19 Oktober 2023.

Permohonan e-Wallet RM100 Madani

Dalam satu kenyataan sebelum ini, kerajaan bersetuju memberikan kredit tunai RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia dengan pendapatan tahunan RM100,000 dan ke bawah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif pemberian itu susulan melihat kepada kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat di negara ini.

“Bilangan penerima yang layak dianggarkan melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.

Syarat Kelayakan e-Wallet RM100 Madani

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan akan menyediakan kredit e-tunai RM100 kepada semua orang dewasa di negara ini dengan pendapatan tahunan RM100,000 atau kurang.

Perdana Menteri berkata inisiatif yang memperuntukkan kira-kira RM1 bilion itu akan memberi manfaat kepada lebih 10 juta orang berumur 21 tahun ke atas termasuk kumpulan B40 dan M40.

Katanya, inisiatif e-tunai kepada golongan dewasa itu diumumkan selepas kerajaan melihat kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat.

“Melihat akan kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat, Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

“Bilangan penerima yang layak dianggar melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion,” katanya ketika berucap dalam Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.

Tarikh Bayaran dan Cara Tebus e-Wallet RM100

Kredit etunai RM100 kepada rakyat dewasa berpendapatan bawah RM100,000 setahun akan dilakukan pada Disember 2023. – Steven Sim