Proton S70 : Harga, Varian, Spesifikasi & Warna Kenderaan

Pada 1 November 2023 yang lepas, PROTON telah memperkenalkan model terbaru mereka, PROTON S70 di sebuah upacar yang telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, Dato’ Hairil Yahri Yaacob.

Model PROTON terbaru ini akan dilancarkan pada 28 November 2023 (Selasa) ini dan pra tonton telah pun bermula pada 11 November 2023. Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut teruskan membaca sehingga ke penghujung artikel.

Proton-S70-1

Tarikh Pelancaran

Model baharu keluaran PROTON ini bakal dilancarkan pada 28 November 2023 (Selasa). Individu yang berminat boleh melakukan tempahan pada harga RM500 setiap satu.

Bagi anda yang ingin melihat sendiri PROTON S70 ini sebelum melakukan tempahan, pratonton awam telah berlangsung secara aktif di pengedar terpilih di seluruh negara sejak 11 November 2023.

Harga PROTON S70

Harga rasmi model S70 ini belum lagi diumumkan, namun mengikut jangkaan peminat kenderaan jenama ini, harga model ini dianggarkan akan bermula di bawah RM85,000, menjadikannya kompetitif terhadap pesaing sedan segmen-B lain di pasaran.

Sebarang maklumat baharu berkenaan harga model baharu PROTON ini akan kami maklumkan kemudian dari semasa ke semasa.

Variasi PROTON S70

Bagi keluaran baharu PROTON ini, terdapat empat variasi kenderaan yang ditawarkan iaitu:

  • 1.5T Executive
  • 1.5T Premium
  • 1.5T Flagship
  • 1.5T Flagship X (didatangkan dengan sunroof)

Spesifikasi Ringkas

Berikut merupakan spesifikasi ringkas model baharu PROTON S70 mengikut jenis varian:

  1. S70 1.5T Executive:
    • Varian asas S70.
    • Ciri-ciri: rim aloi 16 inci, lampu kepala halogen, lima port USB dan empat pembesar suara, paparan meter monokrom 3.25 inci, dan unit kepala bersepadu 8 inci berbasis Linux.
    • Ciri keselamatan: enam beg udara, ABS, bantuan brek, kawalan kestabilan elektronik, kawalan traksi, bantuan pegangan bukit, dan amaran trafik silang belakang​​.
  2. S70 1.5T Premium:
    • Peningkatan dari Executive.
    • Penambahan ciri seperti penghawa dingin auto dengan lubang udara belakang, bar lampu ekor belakang, lampu kepala auto, dan interior kulit sintetik.
    • Ciri keselamatan tambahan: kamera undur dan sensor parkir depan dan belakang​​.
  3. S70 1.5T Flagship & Flagship X:
    • Varian Flagship menawarkan rim aloi 17 inci, bonet induktif, tempat duduk pemandu bertenaga, paparan infotainment TFT 10.25 inci dengan resolusi skrin 1920 x 720, perintah suara, dan pengecas tanpa wayar.
    • Ciri keselamatan: sistem pemantauan tekanan tayar dan ADAS Tahap 2 yang merangkumi amaran pindah lorong, pencegahan pindah lorong, kawalan pelayaran adaptif, dan lain-lain.
  4. S70 1.5T Flagship X
    • Mempunyai spesifikasi yang sama dengan PROTON S70 1.5 Flagship cuma terdapat penambahan sunroof.
proton-s70-spesifikasi

Warna PROTON S70

Bagi keluaran baru PROTON S70 ini mereka menawarkannya 7 warna namun bukan untuk semua varian, hanya varian tertentu sahaja yang mempunyai semua warna tersebut. Untuk mengetahui warna yang ditawarkan bagi setiap varian boleh lihat di bawah :

  1. S70 Executive
    • Putih Salju
    • Kelabu Angkasa (Space Gray)
  2. S70 Premium
    • Putih Salju
    • Kelabu Angkasa
    • Perak (Armour Silver)
    • Merah (Passion Red)
  3. S70 Flagship
    • Putih Salju
    • Kelabu Angkasa
    • Perak
    • Merah
    • Biru Laut (Marine Blue)
    • Hijau Teal Bayou (Teal Bayou Green)
  4. S70 Flagship X
    • Putih Salju
    • Kelabu Angkasa
    • Biru Laut
    • Hijau Teal Bayou
    • Kuarza Hitam (Quartz Black)
proton-s70-warna

Baca juga: Perodua Nexis: SUV Kod D66B Terbaharu Daripada Perodua

The post Proton S70 : Harga, Varian, Spesifikasi & Warna Kenderaan appeared first on SEMAKAN ONLINE.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *