Kad Diskaun Khas Menu Rahmah merupakan satu kad yang diperkenalkan oleh kerajaan MADANI buat peniaga makanan yang menawarkan produk makanan dengan harga RAHMAH.
Inisiatif ini di ambil oleh pihak kerajaan bagi membantu mengurangkan beban peniaga dengan menawarkan potongan harga sehingga 40% bagi pembelian barangan keperluan perniagaan.
Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lagi tentang kad diskaun ini, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini.
Apa itu Kad Diskaun Khas Menu Rahmah?
Menu Rahmah merupakan satu program yang diperkenalkan kerajaan di mana menu makanan yang seimbang di premis tertentu akan dijual dengan harga Rahmah iaitu sebanyak RM5.00.
Inisiatif ini diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang digerakkan oleh peniaga dan dilakukan secara sukarela. Objektif inisiatif ini dilakukan adalah bagi meringankan kos sara hidup rakyat yang melibatkan makanan siap di masak.
Kad Diskaun Khas Menu RAHMAH pula merupakan inisiatif kerajaan bersama enam (6) pasar raya di Malaysia bagi membantu peniaga yang menawarkan menu RAHMAH agar kelangsungan program menu RAHMAH dapat diteruskan.
Antara barangan yang ditawarkan dengan kadar diskaun sehingga 40% kepada pengusaha Menu Rahmah yang sudah diluluskan penyertaan dalam program ini adalah barangan mentah seperti ayam, bawang dan barang asas makanan yang lain.
Pasar Raya Terlibat
Enam (6) pasar raya di Malaysia yang terlibat dengan Kad Diskaun Khas Menu RAHMAH ini ialah:
- AEONBiG
- MYDIN
- NSK
- GIANT
- LOTUS
- ECONSAVE
Dapatkan makanan ringan atau snack menarik di Shopee dengan harga yang lebih murah dan berpatutan.
Syarat Permohonan
Peniaga dan pemilik perniagaan yang berminat untuk mendapatkan kad diskaun ini, anda mestilah mematuhi syarat-syarat permohonan di bawah:
- Pemohon
- Warganegara Malaysia
- Berdaftar sebagai pengusaha Menu RAHMAH
- Perniagaan
- Status Enterprise (Semenanjung Malaysia)
- Berdaftar dengan PBT (Sabah/Sarawak)
- Syarat-syarat lain
- Tempoh pelaksanaan Menu RAHMAH sekurang-kurangnya 6 bulan
- Menawarkan Menu RAHMAH berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan kerajaan.
Cara Memohon Kad Diskaun Khas Menu RAHMAH
Bagi anda yang berminat, permohonan bagi Kad Diskaun Khas ini telah mula dibuka bermula 2 November 2023 melalui portal khusus kepada pengusaha Menu Rahmah.
Untuk memohon anda perlu ke pautan https://menurahmah.kpdn.gov.my/ dan daftar sebagai pengguna dengan menekan “Daftar kad Diskaun Khas” di bahagian atas di halaman utama portal tersebut.
Baca juga: Skim Pembiayaan Online Tekun (SPOT) : Cara & Syarat Memohon
Maklumat Tambahan
Bagi anda yang mempunyai pertanyaan atau soalan yang ingin diajukan anda boleh hubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian hotline 03-8882 5881/5905 atau melalui emel kepada spip@kpdn.gov.my.
The post Kad Diskaun Khas Menu Rahmah – Potongan Harga Sehingga 40% appeared first on SEMAKAN ONLINE.