Bantuan Lesen 2024 (MyLesen) – Untuk tahun 2024, Program MyLesen B2 akan diteruskan oleh kerajaan dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ). Program ini bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia mendapatkan lesen memandu motosikal kelas B2.

Kerajaan akan menanggung kos program ini sepenuhnya dengan syarat-syarat yang ditetapkan sebelumnya.

Bantuan Lesen Memandu Percuma 2024

Golongan B40 dari seluruh negara boleh mendapatkan lesen motosikal secara percuma melalui Bantuan Lesen Memandu atau MyLesen tahun 2024. Bantuan ini diberikan kepada golongan yang memenuhi syarat-syarat kelayakan.

Ini adalah program Kementerian Pengangkutan Malaysia yang bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan golongan B40 dan memberi mereka lebih banyak peluang untuk menambah pendapatan.

Program MyLesen kali ini terhad kepada 35,000 orang dan tarikh tutup penyertaan adalah sehingga kuota dipenuhi.

Bantuan Lesen

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan dan permohonan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon mestilah berumur 16 tahun ke atas
  • Sihat tubuh badan dan mental
  • Pemohon belum memiliki sebarang lesen memandu
  • Bebas daripada senarai hitam (JPJ, PDRM, & Mahkamah)
  • Penerima bantuan kerajaan (eKasih / Zakat / Baitulmal / JKM / JAKOA / LHDN) dan Golongan B40
  • Tanggungan kepada penerima bantuan layak memohon

Sila kemukakan dokumen sokongan bagi pembuktian ke atas syarat yang ditetapkan.

 

Borang Pendaftaran Online Bantuan Lesen Memandu

Bantuan Lesen

Maklumat Lanjut

https://www.malaysia.gov.my/portal/subcategory/176?language=my