STR 2024 : Tarikh & Jumlah Bayaran STR Fasa 1

STR 2024 Fasa 1 – Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.

Hikmah penyasaran semula subsidi yang telah dilakukan oleh Kerajaan membolehkan penambahbaikan dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.

Berikut dikongsikan jumlah bayaran STR 2024 Fasa 1.

Jumlah Keseluruhan STR 2024

Berikut dikongsikan jumlah bayaran STR 2024:

  • Kategori isi rumah, kadar minimum STR meningkat dari RM3,100 kepada RM3,700
  • Untuk golongan belia, kadar minimum STR meningkat dari RM350 kepada RM500
  • Manakala warga emas, kadar minimum STR meningkat dari RM600 kepada RM750

Jumlah Keseluruhan STR 2024

Tarikh Bayaran Fasa 1

  • Pembayaran STR 2024 Fasa 1 akan dibayar secara berperingkat pada Februari 2024
  • Namun begitu, tarikh bayaran akan mengikut tarikh penghantaran borang permohonan (dalam talinan dan borang kertas)
  • Sama seperti sebelum ini, bayaran bantuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak
  • Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR akan dibuat secara penebusan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran

Tarikh daftar & Pembayaran STR 2024

Cara Membuat Semakan

https://bantuantunai.hasil.gov.my/